Kalau Tak Nak Bil Elektrik Melambung Tinggi, Ikut Cara Ini

Pertikaian netizen mengenai isu kenaikan bil elektrik semakin hangat dibincangkan di media sosial. Tambah lagi nak raya ni, memang banyak pakai duit nak bayar itu ini. Sebenarnya paling penting sekali anda perlu faham bagaimana bil elektrik dikira, tidak kira peralatan apa sekali pun yang anda gunakan setiap hari paling penting anda perlu amalkan cara ini untuk menjimatkan bil elektrik anda. Cara apa tu?

Penggunaan lampu selalunya akan digunakan pada waktu malam, walaupun ia merupakan peralatan yang menggunakan sedikit tenaga elektrik tetapi kalau dah satu rumah pasang lampu mesti jumlah penggunaan elektrik semakin meningkat. 1 hour rule adalah salah satu cara untuk anda kurangkan memasang lampu di rumah. Tetapkan peraturan sejam, kemudian jika anda lihat ruang tersebut tidak digunakan then tutup saja lampu tu.

Related image

Sumber: parentguide

Cuba teka peralatan apa yang dipasang 24 jam? Haa pasti semua orang ada peti sejuk untuk memudahkan anda menyimpan bahan mentah dan minuman. Jadi kalau nak jimat pastikan peti sejuk di rumah anda jauh daripada peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur memasak. Jangan main buka tutup pula, jika nak ambil barang pastikan anda rancang dengan betul. Ini kerana jika terlalu kerap buka tutup ia akan menyebabkan udara sejuk kerap keluar dan meningkatkan suhu peti sejuk.

Image result for sleep with aircon

Bestnya tidur pasang aircond tapi masih ramai yang tak tahu macam mana nak jimatkannya. Tetapkan kipas penyejuk pada tahap kelajuan yang rendah. Kalau anda pasang kuat-kuat memang lah sejuk tapi bil elektrik pun melambung. Sebelum nak tidur pastikan anda tetap mode auto-off pada jam 12 malam. Tak perlu lagi pasang aircond hingga ke pagi, jika anda ingin kekal rasa sejuk dan selesa pasang kipas kerana kipas akan menyebarkan udara sejuk yang masih ada. Baru lah nyaman!

 

Sumber : jomurusduit

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna