Kalau Serius Nak Hilangkan Jeragat, Wajib Tahu Punca Terlebih Dahulu

Bayangkan kalau dah pakai makeup tebal pun masih lagi nampak tompok-tompok hitam di muka, memang stres dibuatnya! Perkara paling yang ditakuti oleh wanita adalah jeragat, iyalah jeragat ni kalau sekali tumbuh dan tak dirawat mesti akan merebak lagi. Tapi sampai bila nak makeup tebal, tak penat ke?

Sebelum anda merawat dengan mengggunakan pelbagai produk yang belum tentu berkesan, lebih baik anda tahu dulu apa sebenarnya punca yang menyebabkan tumbuhnya jeragat di muka. Bukan apa, sebagai seorang isteri anda kena lah jaga kulit muka untuk cantik sebab nak menghadap suami tercinta. Haa setuju ke tidak?

Image result for freckles

Sumber: australian 

Tiada Penjagaan Asas Kulit Muka

Makeup boleh, tapi bila nak cuci malas! Haa siapa yang ada tabiat macam ni? Kulit muka ni kalau tak ada rutin penjagaan yang betul bukan setakat jerawat tapi jeragat pun boleh tumbuh. Paling penting kena rajin, setiap hari anda perlu pastikan beberapa rutin yang perlu buat iaitu :

  • Mencuci muka
  • Memakai penyegar
  • Memakai pelembap

Usia 

Biasalah bila umur dah masuk 30 an ni mesti perkara yang anda risaukan adalah penuaan. Bukan itu sahaja, jerawat pun akan mula tumbuh, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal 20 an jadi jaga-jaga ye. Haa sekarang ni dah boleh start beli produk anti penuaan, bukan untuk yang berusia je yang muda pun kena juga tau.

Related image

Cahaya Matahari

Ini paling bahaya! Dah tahu cuaca panas, tapi tak pakai ‘sunscreen’. Jika kerja anda sering terdedah pada matahari akan lebih terdedah kepada risiko untuk mengalami masalah jeragat. Sinaran UVA dan UVB mampu merosakkan sel kulit muka dan menyebabkan kulit berjeragat.

Dah tahu apa puncanya kan? Haa sekarang Donna akan kongsikan pada anda tip nak hilangkan jeragat degil di muka. Tapi ingat kena konsisten ya!

  • Cuka epal ini memang dah terkenal sangat sebagai petua untuk hilangkan jeragat tapi jangan amalkan selalu.
  • Campuran kulit kayu manis dan madu juga adalah bahan yang mampu untuk menghalang pertumbuhan jeragat baru.
  • Khasiat lemon tak dapat disangkal lagi, jadikan ia sebagai rutin dua minggu sekali. Jangan lakukannya dengan kerap ye sebagai ia bahan yang berasid.

Lepas ni nak keluar rumah tak perlu dah pakai makeup lagi, tengok cermin je rasa bahagia je!

Sumber: bidadari 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna