Kalau Poket Tebal, Silap-Silap ‘Shopping Mall’ Pun Aku Beli!

Kalau aku kayaaaa… Aku beli segalanya! ‘Cakap senang la, kau memang lahir-lahir dah kaya! Eh..eh, dia ingat kalau orang dah kaya, mereka ini tak akan terus berkerja keras ke untuk terus jadi kaya raya?”

Jika ditanya semua orang mahu hidup senang lenang dengan duit dan harta yang melimpah ruah selain bebas daripada segala-hutang-piutang seperti hutang kenderaan, hutang pendidikan, hutang kad kredit dan macam-macam lagi yang membebankan setiap bulan! Semua orang boleh jadi kaya, jika anda usaha dan kemahuan. Kalau angan-angan Mat Jenin dan pemalas, lupakan saja. Jika tidak mampu untuk menjadi kaya raya dalam masa yang pantas, cukuplah sekadar cukup dari segala perbelanjaan bulanan dan simpanan ketika kecemasan. Bonus kalau ada duit lebihan untuk membeli-belah setiap bulan tanpa perlu berhutang atau menggunakan kad kredit. Memang hal kewangan anda dikira pada tahap yang memuaskan dan berada pada peringkat selamat.

Sumber Foto: news.efinancial

Panduan untuk menjadi kaya jangan cepat berpuas hati dan jangan pasrah terima keadaan diri, sebaliknya terus bekerja, berusaha dan berinovasi. Ada orang merasakan sesudah mencecah usia emas, maka tamatlah sudah keperluan diri untuk berusaha mencari kekayaan. Kalau sudah ditakdirkan miskin, terima sahajalah. Jika teringin poket anda tebal jangan sekadar berangan, tolong tetapkan dalam diri iaitu selagi ada kudrat, selagi akal masih berfungsi, usaha untuk mengubah nasib diri tidak patut dihenti. Tidak sama sekali ya!

Bagi generasi muda, di peringkat awal ini anda harus membuat keputusan bijak dan betul. Cuba berkawan baik dengan individu yang memiliki kemahuan hidup tinggi, bekerja keras dan penuh inspirasi. Ia sangat menguntungkan kerana secara tidak langsung anda akan turut sama terdorong menjadi seperti mereka. Bukan hanya menyerah kepada nasib semata-mata. Jika teringin jadi kaya, anda boleh ikut amalan ini. Kerana kebanyakkan orang kaya yang ada sekarang ini, rata-rata lakukan perkara ini sehingga boleh hidup mewah dan berjaya.

 

Simpan Sedikit Wang Walaupun RM10

via GIPHY

Amalkan menyimpan wang gaji anda setiap bulan. Mungkin anda ada komitmen lain yang memerlukan banyak wang digunakan. Cuba tetapkan pendirian anda yang mahu atau tidak perlu menyimpan sekurang-kurangnya suku daripada gaji untuk kegunaan akan datang. Anda boleh menyimpan di bank atau buat tabungan khas di rumah. Letakkan matlamat bila wang tersebut boleh diguna pakai dalam tempoh tertentu.

 

Melabur Duit & Emas

via GIPHY

Buat pelaburan yang menjanjikan pulangan yang setimpal. Sekiranya anda pandai memilih pelaburan,tak mustahil anda bakal menjadi kaya raya. Selidik setiap pelaburan yang anda sertai jangan terjerat dengan syarikat pelaburan segera yang menjerat hidup. Kononya ingin cepat kaya, akhirnya terus jatuh muflis. Lebih selamat jika pelaburan itu dipercayai dan mendapat sokongan daripada pertubuhan kewangan atau kerajaan sendiri. Selain melabur menggunakan matawang, emas juga dikatakan cara pelaburan yang bijak dan tidak akan merugikan. Sebelum buat keputusan, berguru duhulu dengan individu atau orang yang boleh dipercayai dan telah berjaya.

 

Buat Kerja Sambilan

via GIPHY

Sekiranya anda rajin dan mempunyai masa lapang, anda bolehlah membuat kerja sambilan seperti menjual burger, menjadi jurujual di pasaraya, menjahit baju dan sebagainya. Sekurang-kurangnya setiap bulan masuk juga duit extra dalam bank anda. Ada juga boleh membuat kerja sampingan, iaitu perniagaan tanpa modal seperti yang banyak ditawarkan oleh syarikat besar terkemuka.

 

Rezeki Bertambah Dengan Sedekah

via GIPHY

Gemar bersedekah adalah rahsia utaman untuk menjadi kaya tanpa dijangka. Banyakkan bersedekah kerana bersedekah akan membuka segala pintu rezeki. Walaupun anda susah atau miskin, anda masih boleh bersedekah. Bersedekah tidak semata-mata perlu menggunakan wang ringgit, anda juga boleh bersedekah jika kurang berkemampuan dengan menggunakan kudrat tenaga atau kepakaran dalam bidang tertentu tanpa inginkan sebarang balasan. Tidak perlu tunggu lama, hari anda akan tiba!

 

Berjinak Platform Atas Talian

via GIPHY

Untuk mencari kerja sampingan, benda paling senang dan kadang kala tidak memerlukan modal adalah dengan berjinak-jinak buat perniagaan atas talian. Anda boleh cuba untuk menjadi agen dropship apa saja produk yang boleh mendatangkan duit lebih. Jika anda mempunyai sedikit modal, anda boleh menjual barang sendiri untuk mendapatkan keuntungan secara kecil-kecilan. Jika perniagaan atas talian anda berjaya, anda boleh melebarkan lagi sayap dengan menggunakan pelbagai lagi inisiatif perniagaan sehingga ke peringkat lebih tinggi.

 

Kerja Sendiri / Pemandu e-healing

via GIPHY

Pernah dengar tak orang kata, kerja sendiri sahaja yang boleh membuat anda kaya. Bukannya makan gaji semata-mata. Ada benarnya, kalau mahu menjadi kaya-raya, anda perlu memulakan perniagaan sendiri. Selalunya orang yang sudah kaya juga akan melakukan kerja yang pelbagai dalam kehidupan sehariannya. Apabila ada modal yang mencukupi cuba berniaga. Jangan sesekali membuat pinjaman untuk berniaga. Elakkan tau! Banyak perniagaan hari ini yang menggunakan modal yang rendah seperti perniagaan barangan bayi atau kain wanita. Sambil itu, anda juga boleh membuat kerja sampingan menjadi pemandu e-healing. Golongan selebriti dan bekas ahli parlimen juga ramai yang membuat kerja sampingan menjadi pemandu e-healing yang dikatakan turut memberi pendapatan yang lumayan.

 

 

Sumber: usahawan.com

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna