Kalau Pergi Jakarta Dengan Suami, Wajib Singgah Tempat Ni Baru Lah ‘Feeling’!

Kalau sampai sahaja di Jakarta nampak pintu gerbang masuk pun dah cantik, haa tu belum lagi tempat lain seperti pulau, pantai dan kota-kota besar. Memang cukup indah! Kebiasaanya lokasi ini memang  menjadi pilihan untuk setiap pasangan berbulan madu atau bercuti sambil menikmati pemandangan yang indah di sana.

Bila dah bercuti jauh-jauh tu dengan cik abang apa kata anda singgah ke tempat ni. Bukan sahaja boleh tangkap momen indah malah ia mampu membuatkan anda dan pasangan seakan-seakan seperti pengantin baru yang baru untuk berbulan madu. Tak perlu pening cari tempat yang sesuai, Donna akan kongsikan kepada anda so let’s keep scrolling! 

Image result for rooftop lucy in the sky

Sumber: traveloka 

Rooftop Lucy In The Sky

Pernah terfikir tak untuk menikmati pemandangan dari rooftop? Haa dah nama pun percutian untuk feeling-feeling gitu mesti lah tempat kena onz! Bermula daripada pemandangan kota Jakarta yang ikonik serta elegan dengan pencakar langit kemudian apa yang lagi menarik apabila matahari terbenam yang seakan memberi ketenangan dan kesunyian sambil menikmati makanan yang dihidangkan.

Image result for china town jakarta

Sumber: pinterest

 China Town

Bagi anda yang suka crowd dan suka berjalan di tempat tumpuan ramai, China Town adalah kawasan paling best yang anda dan pasangan patut singgah. Bukan setakat street food sahaja, tapi malam-malam anda boleh menikmati persembahan yang diadakan mengikut hari tertentu.

Image result for pasar baru jakarta

Sumber: tribun

Pasar Baru Jakarta

Kalau dah sampai Jakarta tak sah kalau tak shopping betul tak dan ia sememangnya tempat paling sesuai untuk berbelanja. Apa yang menarik di sini, terdapat kedai yang sudah lama dibina sejak tahun 1951 dan terdapat pelbagai kain berwarna yang cantik anda boleh pilih.

Image result for hutan kota srengseng

Sumber: twitter

Hutan Kota Srengseng

Dah penat dengan kesibukan dunia luar, jom kembali kepada alam semula jadi yang amat menyenangkan. Rugi kalau dah sampai Jakarta tapi tidak singgah di Hutan Kota Srengseng. Kalau anda nak sampai ke sini, jangan risau anda boleh menaiki bas yang disediakan. Memang terbaik untuk anda dan pasangan capture momen indah bersama.

Dengar cerita sekarang banyak tiket flight yang murah, biasa lah musim hujung tahun. Jadi tunggu apa lagi jom bercuti ke Jakarta! Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Isteri Malu Nak Cakap? Tapi Mungkin Ini Posisi Favourite Wanita Yang Suami Patut Tahu

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: mytrip

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna