Kalau Netizen, Hal Dalam Kelambu Pun Boleh Cerita…- Sharifah Amani Kongsi Pendapat

Walaupun bertubuh kecil, namun pelakon ini berjaya membuka mata semua dengan bakat lakonannya yang sangat bagus. Sharifah Amani atau lebih mesra dikenali sebagai Nani tampil lebih yakin berganding bahu bersama pasukan Libresse dalam menyertai kempen ‘Get Your Fit’.

Setiap ibu mempunyai cara yang tersendiri dalam memberitahu proses datang bulan kepada anak mereka yang sedang meningkat ke alam remaja. Iyalah, siapa lagi mereka nak refer tentang kitaran haid kalau bukan ibu mereka sendiri. Kali ini Donna berkesempatan untuk bertanya pada Sharifah sendiri mengenai cara yang terbaik bagi seorang ibu dapat memberi pendedahan kepada anak merekat tentang ‘period’.

Communication sangat penting, setiap keluarga ada pantang larang tersendiri. Kita ada benda yang boleh buat dan tak boleh buat, bagi saya kita kena cakap iyalah kalau netizen hal dalam kelambu pun boleh cerita why not kita cerita benda akan memberi manfaat pada anak kita in future.”

Nampak ayu sangat! Jika sebelum ini anda sering melihat dia berambut pendek, kini bila dah masuk usia 30an Sharifah bereksperimentasi dengan imej baru iaitu berambut panjang. Haih agak-agaknya apa tip Nani dapat rambut yang lebat dan panjang ye?

“Jangan usik, do not usik your face or your hair. Ramai tanya saya apa rahsianya, bagi saya yang penting jangan jaga tepi kain orang, jangan membawang and be a good person!”

Hiks! Geli hati bila mendengar Sharifah beri tip macam mana nak jaga rambut yang cantik, tapi ada betulnya kalau nak nampak cantik dari luar kena jaga dalamnya dulu. Apa-apa pun, semoga Sharifah Amani terus kekal dalam bidang seni agar dapat menjadi ikon kepada artis luar yang baru menempa nama dalam industri.

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna