Kalau Nak Tengok Kembar Will Smith Wajib Tengok Filem Gemini Man!

Siapa tak kenal pelakon hebat luar negara yang sangat versatile dan sentiasa berjaya menguasai watak dengan baik iaitu Will Smith. Haa, setiap filem yang dilakonkan memang tak pernah menghampakan penonton. Eh, dengar cerita filem Gemini Man dah ditayangkan, masih ada lagi ke yang ragu-ragu sama ada nak menonton atau tidak?

Bagi anda yang suka sebuah karya berunsur fiskyen dan aksi, filem Gemini Man memang sesuai buat anda kerana Will Smith melakonkan dua versi watak Henry Brogan iaitu masa muda dan tua. Haa sekali tengok, ingat kan kembar rupanya tertipu hiks! Apa yang menariknya watak tersebut direka khas dengan menggunakan kesan teknologi animasi komputer yang cukup luar biasa.

Image result for gemini man

Sumber : thewrap

Donna pasti teknologi khas ini akan menjadi ikutan buat pengeluar industri perfileman Hollywood yang akan datang. Untuk pengetahuan anda filem Gemini Man dikatakan telah disimpan selama 20 tahun sehinggalah pengarah Ang Lee muncul untuk mengarah dan mentadbir semula filem ini.

Kalau nak tahu apa cerita selanjutnya yang berlaku pada Will Smith, anda kena lah menonton. Memang tak rugi kerana ia bukan hanya semata-mata menunjukkan elemen aksi malah pada penghujung cerita ia sangat memberi kesan yang mendalam dan membawa anda semua ke dalam mood yang agak sedih. Mesti anda tertanya-tanya kan apa yang berlaku, jadi tunggu apa lagi ajak satu keluarga untuk menonton filem ini pada hujung minggu nanti.

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Jangan Mengalah Dengan Morning Sickness Sarimah Ibrahim Amalkan Rutin Ini

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna