Kalau Melayu Ada Begedil, Kali Ni Kita Cuba ‘Potato Fritters’ Mat Saleh

Orang melayu ni memang terkenal dengan kepelbagaian kuih-muih dan semua sedap dan sesuai untuk dihidang waktu pagi. petang mahupun malam. Kalau hidang dengan teh atau kopi panas, memang ngam! Tapi, tak rasa ke nak ubah selera sikit?

Bukan apa, kami ada jumpa satu resipi ala-ala begedil tapi lain sikit sebab mat saleh style kan. Bahan utama dia sama je iaitu kentang tapi guna keju! Siapa penggemar keju dekat sini, wajib cuba resipi Potato Fritters ni. Mudah je cara hidangan dia.

Sumber: eRecipe

Bahan-bahan

  1. 3 biji Kentang
  2. 1 sudu kecil garam
  3. 2 sudu kecil gula
  4. 4 sudu kecil tepung beras
  5. Keju mozarella atau cheddar

Cara penyediaan

  1. Rebus kentang sehingga lembut dan lenyek sehingga hancur.
  2. Masukkan garam, gula dan tepung beras.
  3. Gaul sehingga menjadi doh dan padat.
  4. Bulat-bulatkan adunan sebesar penumbuk.
  5. Leperkan adunan yang telah dibulatkan tadi.
  6. Letakkan keju cheddar atau mozarella sebagai inti.
  7. Bulatkan semula dan dan leperkan semula.
  8. Pastikan keju yang disumbatkan tidak terkeluar.
  9. Panaskan kuali. Masukkan mentega untuk menggantikan minyak.
  10. Masak sehingga keemasan dan coklat.
  11. Hidangkan!

Mudah je kan? Kena makan panas-panas tau? Kalau tak dia muak dan tak rasa keenakkan Potato Fritters sebenar. Selamat mencuba!

Untuk bacaan lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

Boleh Ke Makan Kentang Yang Sudah Bertunas?

‘Homemade Mashed Potato” Untuk Si Manja

Sumber: Facebook

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna