“Kalau Dah Minat, Cepat Je Belajar…” – Netizen Puji Kecerdikan Yusuf Iskandar

Kecerdikan dan kepintaran Yusuf Iskandar, putera sulung kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sudah tak dapat dinafikan lagi. Lebih-lebih kalau berkaitan dengan planet atau patung dinasour. Pasti dia bersemangat!

Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila sebuah video menunjukkan Yusuf berjaya menyambungkan kepingan floor puzzle seawal usianya 3 tahun. Itu dikira satu pencapaian yang sangat baik bagi kanak-kanak seusia Yusuf.

Space puzzle!

Lihatlah video di bawah, ayahnya menunggu ditepi kebosanan sambil melihat Yusuf sedang cuba menyambungkan kesemua puzzle planet angkasa.

View this post on Instagram

Space puzzle

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Selalunya kanak-kanak yang berusia 3 tahun, mereka tidak suka dengan permainan yang memerlukan kecergasan minda. Kalau main pun, mesti takkan siap. Entah-entah kita pula yang menyelesaikannya.

“Kalau dah minat, cepat je belajar…”

Seperti biasa, ruangan komen pada posting tersebut dibanjiri dengan pujian melambung bila melihatkan kepintaran Yusuf menyelesaikan kepingan floor puzzle.

“Hebatnya yusuf…”

Dari sini kita boleh nampak Hanis Zalikha seorang ibu yang sangat pandai mendidik anaknya untuk berfikir setahun kedepan dari usia sebenar. Semoga bila dah besar, Yusuf menjadi anak yang buat perut ibu mengandung sejuk.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hanis Zalikha Kongsi Resipi Sup Ayam Berkhasiat Bila Yusuf Selsema ,

 Ibu Bapa Perlu Terap Sikap Sopan Ini Pada Si Kecil

 

 

 

 

Sumber: ig yusuf iskandar

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna