Kalau Bosan Sangat, Jom Pusing Muzium Luar Negara Secara Online

Susulan daripada kes COVID-19 ini, banyak negara telah mengeluarkan perintah berkurung dan perintah pergerakan kawalan untuk mematikan rantaian wabak ini. Tak cukup dengan itu, banyak tempat perlancongan yang popular tidak beroperasi untuk membantu usaha ini.

via GIPHY

Tapi itulah, bila duduk rumah dalam jangka masa yang panjang, lama-lama boleh jadi tepu juga. Betul tak? Jadi, bila bosan dah tak tahu nak buat apa tu. Jom kita jalan-jalan pusing muzium luar negara.

Tak perlu beli tiket penerbangan pun, cukup berada depan laptop atau guna telefon pintar pun dah memadai. Semuanya di hujung jari. Ini memang berita gembira buat penggemar meneroka muzium.

Antara muzium yang anda boleh pergi melalui online adalah…

Musée d’Orsay, Paris

Muzium ini terletak di Paris. Kepada yang tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke muzium ini, anda boleh lihat dengan klik di sini. Oh! Sebelum tu, muzium ini menerangkan tentang sejarah lukisan di Perancis. Kalau anda sukakan tentang lakaran, bolehlah buat tour hanya dalam bilik.

Sumber: armandkhoury

The Museum of Modern Art, Gunma

Muzium seterusnya Museum of Modern Art yang terletak di negara Jepun. Menariknya di sini, anda boleh melihat karya dari artis Claude Monet dan Edvard Munch bersama-sama dengan karya seni yang dilahirkan di Gunma, termasuk Fukuzawa Ichiro, Yamaguchi Kaoru, dan Tsuruoka Masao. Klik je di sini.

Sumber: cultex

Rijksmuseum, Amsterdam

Untuk muzium ini, anda dapat merasa bersiar-siar di dewan muzium ikonik dan meneroka karya-karya dari Zaman Emas Belanda, termasuk hasil air tangan dari Vermeer dan Rembrandt. Nak lagi best, memuat turun aplikasi Rijksmuseum dan ikuti laluan yang disyorkan dengan pilihan bersama audio atau klik je di sini.

Sumber: rijksmuseum

Guggenheim Museum, New York

Cantik bukan jika lihat dari luar? Belum lagi kalau masuk dalam, confirm buat anda rasa tak nak balik rumah. Tak percaya? Jom pusing dalam muzium ni dengan klik je di sini.

Sumber: inexhibit

Sebenarnya ada banyak lagi muzium yang memberi perkhidmatan meneroka melalui online tapi kami senaraikan antara yang popular dan menarik. Semoga dapat mengisi masa lapang anda.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Wira Tak Didendang, Lihatlah Wajah Nurse Menjaga Pesakit COVID-19

Kes COVID-19 Makin Meningkat, Selebriti Ini Masih Berseronok Di Luar Negara

 

 

 

 

 

Sumber: zafigo

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna