“Kalah Trailer Marvel!” – Video Majlis Resepsi Perkahwinan Sultan Muhammad V Tersebar

Tahun lepas seluruh rakyat Malaysia kecoh dengan perkahwinan bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan Miss Moscow 2015, Oksana Voevodina atau nama baru selepas memeluk agama Islam, Rihana Oxana Gorbatenko. Berita ini menjadi teka-teki dalam kalangan rakyat Malaysia kerana tidak ada gambar yang membuktikan perkahwinan tersebut.

Namun selepas 4 bulan majlis tersebut berlangsung, akhirnya jurugambar Rusia, Maxkoliberdin memuat naik 10 keping gambar sekitar suasana resepsi perkahwinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di akaun Instagram miliknya. Kesemua gambar tersebut kelihatan meriah sekali!

Antara gambar yang dikongsikan oleh Maxkoliberdin…

Tidak cukup dengan itu, video majlis resepsi perkahwinan mereka yang meriah dan gah itu telah tersebar di Youtube selepas 2 hari Premia.event memuat naik video tersebut.

Bahkan, video tersebut mendapat pujian daripada pelawak Singapura, Harith Iskandar yang mengatakan video tersebut kalah trailer filem Marvel. Wow! Betul-betul hebat ni,

Tahniah buat Sultan Muhamad V atas persandingan bersama ratu cantik Moscow! Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin.

Sumber: Instagram Maxkoliberdin

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna