Kaki Anak Bau Hapak? Selesaikan Dengan Cara Ni

Ei! Kenapa kaki adik bau taik kaki ni? Busuknya…”

Biasanya dalam ramai-ramai mesti ada seorang ahli keluarga kita mempunyai masalah kaki berbau. Ibu-ibu pun mesti pening bila kena handle anak-anak yang belum tahu cara nak menguruskan diri sendiri.

Budak-budak ni manalah nak fikir, yang dia tahu sarung kasut dan buka kasut. Kasut dia basuh ke, berbau ke, kotor ke. Apa dia kisah! Janji kaki bersarung. Jadi kita sebagai ibu yang prihatin pada anak-anak ni, jom lakukan inisiatif ni. Hanya empat cara je!

via GIPHY

Cuka

Rendamkan kaki mereka dengan cuka. Cukup hanya seminit dua tapi mesti anda tak tahu waktu tepat nak rendam kaki si manja kan? Senang je, masa mereka ralit menonton televisyen atau sedang makan. Masa tu lah masa yang sangat sesuai. Oh! Mesti ada yang tertanya kalau cuka epal boleh ke? Boleh je, asalkan cuka. Nak natural kan je.

Sabun & berus

Seterusnya sabun dan berus bahagian kaki. Bukan bawah tapak kaki je, celah-celah jari kaki pun kena berus untuk hilangkan bakteria. Kalau boleh gunakan sabun anti-bakteria. Jangan lupa terang pada mereka kenapa anda memberus kaki mereka. Nanti lama-lama mereka tahu bagaimana nak membersihkan diri dengan betul.

Stokin kering

Pastikan si kecil pakai stokin yang kering. Jangan sarungkan mereka stokin yang basah mahupun lembab. Nanti stokin yang basah bercampur dengan peluh tapak kaki dan keadaan kasut yang tiada pengudaraan, ia boleh menyebabkan bau kepam dan tengit. Euw!

Sumber: unsplashed

Kalau tak ada stokin, jangan pula minta mereka sarung kasut tanpa stokin. Ini lebih memburukkan keadaan. Beli stokin sekurang-kurangnya lebih dari 1 pasang. Oh! Lagi satu, elakkan pakai stokin yang berulang. Misalnya, hari ini dah pakai lepas tu tak dibasuh, bila tiba esoknya mereka pakai semula stokin yang sama, aduh!

Jenis kasut

Ada kalanya jenis kasut adalah punca kaki berbau dissebabkan bahan kulit dan getah tak sesuai dengan kulit kaki. Perasan tak kalau ada sesetengah kasut kita pakai okay je, setengah kasut tak. Macam tu juga si kecil. Bila tahu kasut tak sesuai dengan kulit kaki, elakkan membeli kasut jenama yang sama.

Nampak je alternatif ni kecilkan? Jangan ambil mudah. Ajar si manja untuk jaga kebersihan. Bye!

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik je senarai artikel berikut: Ramai Ibu Bapa Bunuh Potensi Anak Tanpa Sedar Tau! , Percaya Atau Tidak, Kanak-Kanak Lelaki Dalam Filem CJ7 Kini Menjadi Gadis Cantik

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna