Kajian Membuktikan Kesihatan Mental Anak-Anak Lebih Terjamin Jika Ada Adik-Beradik

Eh,along..jangan buat adik macam tu..sakit dia! Angah, kan mak dah kata jangan buat sepah ni!”

Alahai.. Baca je dialog kat atas ni dah faham dah macam mana para ibu serabutnya kita nak mengadili keadaan. Nanti marah anak yang ini, anak yang itu terasa. Kalau marah yang itu, yang ini menangis. Kalau dibiarkan nanti, bising bergaduh pula. Macam mana tu?

Sebenarnya, kehidupan sebegini dapat memberi kesan positif pada kesihatan mental kanak-kanak. Hal ini dibuktikan dari hasil kajian Brigham Young University 2010 yang diterbitkan dalam Journal of Family Psychology di mana seseorang itu akan mempunyai kehidupan yang lebih normal berbanding anak tunggal.

“Mana-mana individu yang mempunyai adik beradik secara automatik diri mereka akan keluar dari satu dunia yang merasa diri mereka sunyi, tidak disayangi atau takut untuk kehadapan kerana mereka ada individu lain yang boleh mereka berinteraksi ketika berada di rumah.

Tak kisahlah sama ada mereka sering bergaduh ataupun tidak tapi sedikit sebanyak ia memberi kesan terhadap mental. Lagipun, pihak kami telah membuat kajian terhadap 395 buah keluarga yang mempunyai lebih dari seorang zuriat. Kesemuanya memberi kesan positif walaupun ibu bapa mereka mengatakan mereka sering bergaduh,”

Menurut salah seorang penyelidik Brigham Young University 2010, Laura Padilla-Walker, mendapati bahawa adik-beradik yang penyayang akan mempengaruhi satu sama lain dengan cara yang positif tidak kira jarak usia, jantina mereka atau bagaimana lainnya sikap mereka.

“Jika mereka kelihatan tidak sebulu tapi percayalah kerana ini semua pada peringkat awal je. Cuba nanti anda lihat sikap adik-beradik ini ketika usia mereka meningkat. Secara tak langsung, mereka akan menjadi rapat,” katanya.

Patutlah ada pepatah melayu kata, bagai air yang dicincang tidak akan putus. Bila dah keluar dari satu ‘tempat’, membesar dalam perut yang sama, minum susu badan dari individu yang sama. Pertalian persaudaraan pasti menjadi lebih kuat. Ini semua lumrah alam.

Mak-mak yang dekat luar sana tu, jangan risau kalau anak-anak sering bergaduh okay? Nanti dah besar, kuranglah bergaduhnya tu. Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel di sini: Hubungan Keluarga Tak Rapat? Ini Cara Untuk Hidupkan Kembali Suasana , Belum Memiliki Anak Punca Ramai Pasangan Dibuli Keluarga Sendiri

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna