Kajian Bukti Wanita Punggung Besar Bukan Hanya Bijak Malah Lebih Sihat

Eeee malunya, punggung aku besar lah pakai apa semua tak lawa hmm”

Kalau bercakap sahaja tentang big butt mesti anda terbayangkan ianya seperti artis antarabangsa iaitu Kim Kardashian atau Beyonce, tapi topik ini juga antara isu sensitif bagi sesetengah masyarakat terutamanya di negara Malaysia. Ini kerana isu punggung besar sering dianggap sebahagian daripada anggota seksual dan ia menjadi aset paling berharga buat kaum Hawa kerana ia dianggap sebagai penarik daya buat lelaki.

Memiliki punggung besar bukan sahaja sebagai satu anugerah malah ia juga mampu menghalang daripada penyakit kronik selain cenderung memiliki kebijaksaan berbanding wanita lain. Berdasarkan kajian pelajar Universiti Oxford, mereka menjalankan kajian ke atas 16 000 wanita dan mendapati rata-rata yang mempunyai punggung besar lebih pintar dan mempunyai ketahanan tubuh badan yang tinggi untuk melawan penyakit kronik.

Sumber: beritaharian

Untuk pengetahuan anda lemak yang terkumpul pada bahagian punggung bertindak sebagai melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes. Ini kerana memiliki punggung besar akan menghasilkan hormon leptin dalam badan wanita dan bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.

Menurut doktor, lemak perut dan lemak badan dianggap tidak sihat kerana ia akan menyebabkan tahap kesihatan seseorang terjejas tetapi sebaliknya lemak pada punggung memberi manfaat dan kelebihan.

Image result for punggung besar

Sumber: aablog

Makanan membantu anda menegangkan punggung dan beberapa senaman yang berkesan:

• Protein – Anda disyorkan minum ‘protein shake’ selepas senaman.

• Karbohidrat – Beras coklat, oat, bijirin dan ubi membantu mengekalkan otot yang baik.

• Lemak – Tidak seperti lemak tepu, lemak yang baik memberi pelbagai manfaat kesihatan.

– Membantu berat badan ideal.

– Antara makanan patut diambil ialah minyak ikan, minyak zaitun, badam, walnut, dan mentega kacang.

• Sayur-sayuran – Bayam, kailan, brokoli dan sayuran hijau kaya dengan antioksidan.

• Senaman – Rutin senaman untuk membentuk punggung yang menarik seperti squats, butt bridges dan lunges.

Jadi buat para wanita di luar sana, tidak perlu malu kerana anda memiliki punggung yang besar , sebaliknya be confident dan jaga aset tersebut sebaik mungkin.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Merajuk Dengan Pasangan? Ini Posisi Tidur Paling Romantik Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri

 

 

 

Sumber: beritaharian

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna