Kahwin Olok-Olok Supaya Nenek Bingkaikan Gambar Cucu Di Dinding

Apabila sudah berusia, apa yang ingin dilihat sebelum menutup mata selamanya adalah kebahagian dalam sebuah keluarga.”

Seorang warga emas di Brisbane, Australia ingin melihat kesemua anak serta cucunya mendirikan rumah tangga dan percaya dengan cara itu akan memberi kebahagian kepada keluarganya. Oleh itu dia mewujudkan satu tradisi sendiri dan menyebabkan ada ahli keluarganya yang terasa hati.

Sumber Foto: Dailymail

Lucy berusia 33 tahun, Rosia, 29 tahun dan Claudia 26 tahun merupakan tiga orang cucu yang langsung foto mereka tidak pernah dibingkaikan dan menghiasi dinding rumah nenek mereka. Ini dilakukan kerana mereka bertiga belum berumah tangga. Tradisi nenek mereka hanya membenarkan ahli keluarga yang sudah berkahwin sahaja mempunyai gambar kenangan untuk berada dalam rumah tersebut.

Disebabkan itu tiga adik-beradik perempuan ini mengadakan majlis perkahwinan olok-olok supaya nenek mereka mahu menggantung gambar cucu-cucunya itu pada dinding rumahnya. Macam-macam hal lah!

Sumber Foto: Dailymail

Ini mendorong pasangan adik beradik ini untuk melangsungkan perkahwinan ‘olok-olok’ dengan hanya bermodalkan A$200 (RM588). Seramai 12 tetamu dijemput menyaksikan majlis perkahwinan tersebut.

Sumber Foto: Dailymail

Para hadirin dihidangkan piza Domino’s dan sirap di tingkat atas apartmen milik Lucy. Ketiga-tiga wanita itu turut mengenakan pakaian pengantin yang dibeli dari kedai online pada harga A$30 (RM88) setiap satu.

Sumber Foto: Dailymail

Pada awalnya, ketiga-tiga mereka agar risau jika tiada tetamu yang munculkan diri, tetapi sebaliknya majlis perkahwinan itu bertukar menjadi meriah. Mereka mengambil peluang dengan merakamkan pelbagai aksi menarik sebagai kenang-kenangan. Melalui foto tersebut, mereka ingin tonjolkan bahawa tidak berpeluang untuk berumah tangga juga masih boleh bahagia kerana dikelilingi oleh sahabat dan keluarga yang baik. Gambar ketiga-tiga pengantin olok-olok itu akhirnya digantung di dinding rumah nenek mereka.

 

Sumber: Dailymail

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna