Kahwin Dah Bertahun Tapi Mandi Junub Dengan Betul Pun Tak Tahu?

Apabila bertemu dua khitan, maka sesungguhnya wajib mandi,” – Riwayat Ibnu Majah

Mandi wajib atau mandi junub dilakukan bila mana seseorang terkelur air mani, selepas bersetubuh dengan pasangan, selepas haid, nifas, wiladah atau mati kecuali mati syahid. Pastinya ramai yang sudah tahu tentang ini tapi apa yang kami ingin ketengahkan di sini adalah cara mandi junub yang betul.

Bukan apa, kalau mandi wajib tak betul, ibadat yang lain pun tak sah. Bayangkan penat-penat berhempas-pulas melakukan kebaikan untuk bekalan akhirat akan datang tapi bila ditimbang-tara rupanya amalan tak dikira kerana mandi wajib tak sah. Nak ke?

via GIPHY

Berikut adalah langkah mandi junub dengan betul mengikut gabungan dua hadith sohih. Perkongsian ini diambil daripada salah seorang pendakwah bebas, Adi Hidayat.

  1. Berniat ketika air sampai ke tubuh.
  2. Cuci kedua belah tangan terlebih dahulu.
  3. Mencuci kemaluan dan mencuci tangan dengan sabun.
  4. Menyela rambut dengan air bersih.
  5. Mencuci kepala secara keseluruhan.
  6. Berwudhuk seperti biasa kecuali bahagian kaki.
  7. Siram air keseluruh tubuh.
  8. Mandi seperti biasa dengan bersih.

Nota penting: Tak kira menggunakan air hujan, air paip atau air pancuran, yang penting air tersebut ialah air mutlak. Peringatan seterusnya, bila dah berwudhuk ketika mandi junub tadi, tak perlu lagi berwudhuk kali kedua.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Apa Beza Mandi Air Panas Dengan Air Sejuk?

‘Time’ Mandi Dah Sental Tapi Kaki Tetap Berbau, Keturunan Ke?

 

 

 

Sumber: motivasidakwah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna