Jumpa Donna Untuk Menang Hadiah Menarik di Hot FM Big Jam 2019!

Sebagai tanda penghargaan kepada para pendengar, stesen radio Hot FM yang menyambut ulang tahun ke-13 pada Februari lalu bakal menganjurkan satu festival muzik, Hot FM Big Jam pada 30 Mac 2019 di MAEPS, Serdang bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Festival muzik tanpa henti yang bakal berlangsung selama dua belas jam itu adalah hasil kerjasama Hot FM bersama Malaysia Riders 2019 dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA).

Lebih daripada 20 artis popular bakal beraksi di pentas Hot FM Big Jam pada tahun ini. Seawal jam 12 tengah hari, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti siaran luar Hot FM dan peraduan bagi memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah motosikal menanti pengunjung bertuah.

Konsert bahagian pertama akan bermula pada jam 4 petang dengan kemunculan artis-artis muda berbakat antaranya Wany Hasrita, Syamel, Xpose, Aiman Tino, One Avenue Band, Nabila Razali, Ippo Hafiz serta Caliph Buskers. Manakala bagi konsert bahagian kedua bakal bermula seawal jam 7.45 malam akan menggabungkan barisan artis muda dan senior seperti Hujan, Haqiem Rusli, Hazama dan The Penglipur Lara, Siti Sarah, Neon, Ayda Jebat, Masdo, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ara Johari dan Faizal Tahir.

Hot FM Big Jam juga disokong oleh geng digital Donna yang akan turut sama menyediakan aktiviti-aktiviti dan hadiah menarik kepada pengunjung pada 30 Mac nanti.

Jangan lupa untuk meriahkan festival muzik terbesar 2019, Hot FM Big Jam bersama lebih daripada 20 artis popular tanah air dan barisan penyampai Hot FM pada 30 Mac 2019 di MAEPS, Serdang.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna