Jual Make-Up Laris, Sekarang Rihanna Jual Cermin Mata Pula

Sudah lama mendiamkan diri dalam dunia nyanyian, album terakhir penyanyi hebat Rihanna, pada tahun 2016 berjudul Nothing Is Promised. Hampir tiga tahun berlalu. Tapi pada September 2017 dia telah memperkenalkan produk solekan berjenama Fenty Beauty yang dikhaskan untuk wanita berkulit gelap.

Kiranya, dia penyelamat gadis bertona kulit gelap untuk mudah mencari barangan solek. Mungkin dia juga menghadapi kekangan seperti wanita gelap yang lain jadi dia memperkenalkan produknya yang baru. Sehingga kini jenama Fenty Beauty masih menjadi perhatian orang ramai terutama mereka yang berkulit gelap.

250 USD?

Kalau dah nama usahawan berjaya tu, mereka takkan berhenti di situ saja. Pasti ada saja produk baru dikeluarkan lebih-lebih lagi bila jualan produk pertamanya menjadi ‘barang panas’ di pasaran.

Baru-baru ini, pelantun lagu Umbrella memperkenalkan produk cermin mata hitam dengan nama Trouble Sunglasses berharga USD 250 dan mempunyai 4 jenis pattern yang warnanya berbeza. Fuh! Kalau peminat Rihanna ni, mesti beli semua koleksi.

Rihanna menggayakan cermin mata barunya…

Produk barunya ini diperkenalkan di pasaran semenjak awal November lalu tapi kelmarin dirinya baru saja menggayakan salah satu koleksi cermin mata barunya menerusi laman instagram.

Ha, siapa peminat tegar Rihanna, bolehlah beli koleksi cermin matanya pula. Tak salah nak reward diri. Bolehlah bergaya ala-ala Rihanna nanti!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai berikut:

Beyonce Artis Hollywood Termahal Di Dunia? ,

 Macam Artis Iluminati…” – Netizen Pertikai Heliza Helmi Tutup Sebelah Mata

 

 

 

Sumber: voguebadgalriri

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna