Jom Ubah Suai Dapur Ala-Ala Orang Barat!

Bahagian dapur adalah bahagian paling penting untuk dijaga kerana di situ anda akan menyimpan plastik beg, tisu, bekas kosong, pinggan mangkuk, barangan basah dan kering, bekas-bekas rempah ratus dan bermacam lagi. Kenalah kemas-kemas dengan betul. Kalau tak, selerak!

Sumber: internet

Bayangkan kalau kita sendiri pergi rumah orang pun, tengok keadaan dapur macam tongkang pecah, alahai, nak pijak lantai dapur pun tak lalu. Lagi-lagi nak makan hidangan tuan rumah. Tertelan air liur dibuatnya!

Oleh itu, Donna akan kongsikan strategi yang bijak bagaimana mengubah suai dapur anda supaya kelihatan cantik ala-ala dapur orang barat, ihiks! Menyusun barang pun ada strategi tau, ingat mengurat suami je ke ada strategi? Jom ikuti langkah di bawah ini.

Ruang

Keluasan dapur untuk kebanyankkan rumah di Malaysia mempunyai ruangan yang kecil hanya boleh memuatkan 2 hingga 3 orang pada satu-satu masa. Alahai! Kalau nak merewang tu macam manalah ye? Pening juga nak fikirkan.

Sumber: pexels

Sebolehnya, besarkan sedikit ruang dapur anda dengan membuang barang yang sudah berkurun lamanya tidak digunakan dan elakkan meletakkan barang di luar kabinet kecuali anda mempunyai bahagian rak yang cantik untuk disusun barangan kering. Bahagian table top biarkan dapur gas atau barangan dapur yang penting saja.

Gunakan warna terang

Jika anda melihat dapur orang asia dengan dapur orang barat, sangat berbeza kerana penggunaan warna. Dapur orang asia, selalu warna dinding putih yang kadang kala kelihatan pudar, alahai! Suram je tengok. Nak masak pun, tak ada semangat.

Gunakan warna putih yang terang atau warna-warna yang menghidupkan suasana dapur. Misalnya, warna biru laut, coklat kayu atau hijau daun pisang. Mesti cantik!

Sumber: pexels

Penuhkan barang dalam kabinet

Kalau kita tengok dapur ‘mat salleh’ jarang berselerak. Kalau berselerak pun, waktu dia memasak je. Mana tak nya, semua perkakas dapur seperti kuali, mangkuk, cawan, pinggan, bekas dan lain-lain lagi disorok di dalam kabinet.

Jadi, simpan semua perkakas dapur anda di dalam kabinet. Sorokkan mereka! Jangan tergantung sana sini macam nak buat jualan, ihiks! Kalau tak muat pun, simpan di dalam stor. Periuk kuali yang besar-besar tu bukan guna hari-hari pun kan? Simpan di tempat tersorok.

Sumber: pexels

Cari bekas yang unik dan seragam

Untuk menampakkan dapur anda kelihatan cantik dan kemas. Susun barang mengikut jenis dan gunakan bentuk bekas yang seragam. Iyalah, kita kan orang asia, penuh dengan bahan rempah ratus dan ingat ye, pastikan semuanya susun dalam kabinet barula semangat sikit nak memasak. Ye ke tidak? Hiks.

Sumber: unsplash

Nah! Itulah beberapa tip untuk dapur anda kelihatan gah ibarat mempunyai idea pereka hiasa sendiri. Sempena dengan tahun baru ni, apa kata kita tanam azam baru untuk dapatkan dapur idaman. Selamat mendekorasi dapur anda!

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • hasmurni
    • 2 January 2019
    Reply

    saya suka

      • Ainaa
      • 7 January 2019
      Reply

      Thanks Hasmurni! Ada banyak lagi tip hebat di Donna.com.my k!

    • Nor Maliza Jamaluddin
    • 13 January 2019
    Reply

    Saya suka mengemas dapur..bahagia nye dapur kilat memancar.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna