Jom Sarapan Dengan 205 Kalori!

Nasi lemak, Kuey Teow, Makaroni Goreng atau Nasi Goreng adalah jenis makanan yang sering di ambil untuk makanan sarapan pagi. Jumlah kalori dalam kesemua makanan ini juga lebih dari 500 kalori.

Tapi, tahukah anda pengambilan jumlah kalori pada waktu pagi yang sepatutnya adalah bawah dari 250? Haa, mesti ramai yang tidak tahu dan tidak sedar makanan yang mereka ambil selama ini mempunyai kadar kalori yang tinggi.

Mesti anda tertanya-tanya, jenis makanan yang bagaimana boleh memberi jumlah kalori bawah 250? Berikutan itu, Donna akan kongsi satu resipi sarapan pagi yang hanya mempunyai 205 kalori saja! Mudah saja, hanya sediakan 5 barang je, ihiks!

Sumber: DariDapur

Bahan-bahan;

  1. Sebiji pisang
  2. 2 biji telur
  3. 1/3 bijirin
  4. 1/2 sudu tepung naik sendiri
  5. Cranberi, strawberi dan anggur

Cara memasak;

  1. Kisar pisang, telur dan bijirin sehingga hancur.
  2. Tukarkan bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas bersih.
  3. Panaskan periuk leper.
  4. Letakkan bancuhan yang sudah dikisar tadi ke dalam acuan dengan bentuk lempeng
  5. Agak-agak lempeng sudah bewarna coklat. Angkat letak ke dalam pinggan.
  6. Letak kranberi, strawberi dan anggur. Siap dihidang. Selamat menjamu selera!
Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna