Jom Melancong Ke Negeri Bawah Bayu! Ni Top 5 Pulau Paling Indah Di Sabah

Pulau yang cantik bukan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia, tetapi negeri di bawah bayu seperti Sabah juga terkenal dengan keindahan dan keunikan pulau-pulau yang dipenuhi dengan hidupan laut serta air jernih sehingga menampakkan batu karang yang sangat mempesonakan.

Bukan local tourist sahaja yang gemar datang ke pulau ini, malah pelancong dari luar negara sudah mula memilih negeri Sabah untuk bercuti dan mengunjungi pulau yang ada di sini. Kemudahan seperti resort, boat dan tempat makan menjadikan ia semakin popular dan dikenali ramai.

Jom lihat top 5 pulau paling indah di Sabah!

Image result for pulau sipadan sabah

Sumber: arbatravel

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan adalah pulau kecil di Sabah yang menjadi tarikan dengan mempunyai keluasan 5 kilometer panjang dan 2 kilometer lebar. Terdapat beberapa kawasan yang menjadi ‘hot spot’ di mana anda boleh melihat kehidupan laut yang pelbagai jenis antaranya adalah coral garden, hanging garden dan mid reef.

Image result for pulau mabul

Pulau Mabul

Pulau yang mempunyai pemandangan bawah laut yang sangat cantik merupakan kediaman bagi suku kaum Bajau Laut. Bagi yang sukakan aktiviti lasak anda boleh cuba snorkerling dan diving kerana ia adalah aktiviti utama yang ada di sana.

Image result for pulau manukan

Pulau Manukan

Jika anda berada di Kota Kinabalu, ia hanya mengambil masa 30 minit untuk ke Pulau Manukan. Apa yang akan membuatkan anda kagum apabila melihat pemandangannya adalah kerana air jernih dan pasir pantainya yang putih. Bagi anda nak rancang untuk berbulan madu dengan pasangan, inilah masanya!

Image result for pulau kapalai

Sumber: vacationkey

Pulau Kapalai

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Pulau Kapalai yang sangat unik. Ia sebenarnya tersembunyi antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Pulau ini hanyalah landaian pasir yang besar dan dikelilingi oleh terumbu karang yang cantik yang dipanggil Terumbu Ligitan.

Image result for pulau mataking

Sumber: borneo

Pulau Mataking

Pulau Mataking adalah sebuah destinasi yang paling sesuai untuk berbulan madu kerana suasananya yang tenang, cantik dan cukup romantik. Untuk penginapan pula, anda boleh bermalam di The Reef Dive Resort yang menyediakan pakej-pakej perkahwinan untuk melansungkan di pulau.

Rugi jika anda dan keluarga tidak meneroka keindahan pulau di Sabah ini, ia akan menjadikan percutian anda sangat bermakna.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

4 Sebab Mengapa Anda Perlu Pilih Pulau Kapas Sebagai Destinasi Untuk Bercuti

Jangan Sampai Terjerat! Ini Tip Paling Senang Untuk Detect Agensi Pelancongan Palsu

 

 

 

 

 

Sumber: pakarpercutian

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna