Jom Masak Ayam 3x Pedas Versi Tekak Melayu

‘Eat at your own risk’ itulah barisan ayat amaran keras dari salah sebuah restoran makanan ringan yang popular selepas mengeluarkan menu baru yang sedang menjadi tumpuan orang ramai. Malangnya, ramai yang tak berani makan disebabkan takut tak tertanggung rasa pedasnya.

Tak apa, jangan risau. Kita ni kan geng wanita yang hebat tak kira la bekerjaya mahupun suri rumah. Kalau dah masuk dapur, kitalah juara! Jadi, apa kata minggu ni hidangkan keluarga anda hidangan ayam tiga kali pedas ala-ala versi melayu. Kalau dah tekak melayu tu, cabai apa pun, mesti onz!

Lagipun bahan yang kita gunakan ni pun dari turun-temurun dari tok nenek kita cuma kita tukar sikit je. Macam mana lah tu ye? Jom lihat bahan dan cara penyediaan berikut.

Bahan-bahan

  1. Ayam separuh yang sudah dibasuh, dilumur dengan kunyit dan garam
  2. 1 1/2 biji bawang merah besar
  3. 4 ulas bawang putih
  4. 5 batang cili hijau
  5. 5 batang cili merah
  6. 8 batang cili padi merah
  7. 1 cawan minyak
  8. 1/2 cawan air
  9. 2 sudu kecil gula
  10. Garam secukup rasa
  11. 1 biji bawang india besar

Cara penyediaan

  1. Ayam yang sudah dilumur bersama kunyit dan garam di goreng sehingga garing.
  2. Tumbuk lumat bawang merah besar bersama bawang putih.
  3. Kisarkan kesemua cili.
  4. Panaskan kuali, masukkan bahan tumbuk dan goreng sehingga naik bau.
  5. Kemudian, masukkan 3 jenis cili yang sudah dikisar tadi berserta air supaya cili tidak hangit dan bertukar rasa. Lagipun struktur cili yang digoreng akan nampak lebih cantik.
  6. Agak-agak dah naik bau dan cili pun dah kelihatan masak, masukkan ayam, gula, garam dan bawang india yang telah dihiris bulat-bulat.
  7. Gaul sehingga harmoni.
  8. Hidangkan!

Kalau makan dengan Gulai Lemak Buncis dan ulam, hidangan mesti lagi padu! Confirm terbakar mulut dengan perut. Oh! Jangan amalkan selalu ye resipi ni, takut usus mengalami kerosakkan pula kerana makan pedas terlalu kerap pula. Sekali-sekala tak apa, ihiks! 

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Hantu Telur Masin? Jom Buat Telur Masin Guna Ayam Kampung , Nak Dinner Ala Korea? Malam Ni Jom Masak Ayam Goreng Pedas Korea!

 

 

 

 

 

Sumber: aimifoodgram

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna