Jom Manfaatkan Hujung Minggu Anda, Nah Boleh Buat 4 Perkara Ni

Eh sekejapnya dah nak masuk hujung minggu! Hmm nak buat apa ye cuti kali ni takkan duduk rumah melayan drama je,  bosan betul. Donna faham kadangkala bila dah penat bekerja rasa malas nak keluar dan melakukan sebarang aktiviti, tapi tak kesian ke dekat anak-anak? Sebab masa cuti ni lah anda kena ambil masa dan ruang untuk meluangkan masa bersama. Tak tahu tempat mana yang best dan aktiviti sesuai untuk bawa anak-anak bersama, jangan risau anda tidak perlu pergi jauh-jauh pun ianya sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Chill jangan panik! Kali ini Donna ada beberapa idea untuk anda dan keluarga lakukan 5 perkara sepanjang cuti hujung minggu anda. Bukan sahaja menyeronokkan malah ia bermanfaat buat anda sekeluarga.

Related image

Sumber : think

Makan-Makan

Aktiviti paling menarik yang boleh anda lakukan pada waktu hujung minggu bersama keluarga, adalah aktiviti ‘makan-makan’. Haa kalau bercerita sahaja tentang makanan di Kuala Lumpur ni memang tak dapat dinafikan terdapat pelbagai kedai dan restoran yang menghidangkan juadah daripada makanan Melayu sehinggalah makanan barat. Anda mahu yang lebih santai, boleh berkunjung ke Tapak Urban Dining Street yang terletak di Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Shopping

It’s shopping time! Bila cakap sahaja tentang aktiviti membeli belah sudah pastinya kaum wanita yang lebih teruja betul tak? Masa ni lah anda sebagai suri rumah perlu ada ‘me time’. Walaupun ramai yang beranggapan aktiviti ni memerlukan banyak duit tetapi ia adalah satu kepuasan buat diri anda sendiri dan dalam masa yang sama dapat memenuhi keperluan peribadi anda sebagai seorang isteri.

Image result for karaoke

Sumber: esma

Karaoke

Mahu sesuatu yang lebih seronok? Apa kata anda ajak satu keluarga untuk berkaraoke. Mungkin ada di antara anda yang tidak yakin untuk bernyanyi di hadapan keluarga masing-masing, tapi masa ni lah anda perlu mengambil peluang untuk mencungkil bakat sambil dapat mengeratkan hubungan antara keluarga dengan cara yang seronok.

Berkunjung Ke Taman Tema

Anak-anak pasti suka dengan taman tema, tapi nak bercuti jauh-jauh perlukan duit yang banyak. Jadi apa kata anda bawa mereka berkunjung ke taman tema semasa hujung minggu.

Eh jap! Kaw-Kaw Day bakal tiba pada Sabtu ni bersamaan 12 Oktober, jadi apa kata anda ajak satu keluarga untuk datang ke My Town Cheras pada 10 pagi hingga 10 malam kerana mereka menyediakan pelbagai aktiviti menarik! Dekat sana nanti akan ada food stall, yang anda boleh bawa anak-anak untuk rasai pelbagai makanan. Mesti mereka teruja.

Bukan itu sahaja, anda pun boleh cuci mata dan shopping. Maklumlah sebagai wanita bekerjaya, kadangkala kita tak sempat nak beli barang, kan? Nak tahu apa lagi menrik? Semestinya anda berpeluang berjumpa dengan barisan selebriti iaitu announcer Hot FM dan Kool FM. Anda boleh beramah mesra dan ambil gambar sekali untuk kenang-kenangan. Memang seronok! Jangan lepaskan peluang ini dan jumpa anda di Kaw Kaw Day!

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna