Jom Lihat Artis Bollywood Bergambar Ketika Sambutan Deepavali 2019

Dari semalam lagi kedengaran letupan mercun dan bunga api menandakan kaum India sedang menyambut sambutan Deepavali. Pada siapa yang berjiran dengan mereka yang bergama Hindu pasti dapat melihat rumah mereka diterangi dengan cahaya lilin yang tersusun di kawasan rumah mereka. Cukup meriah!

Tak cukup dengan itu, beberapa artis negara kita pun turut memeriahkan lagi sambutan Deepavali tahun ini dengan memakai saree dan dhoti. Antaranya, keluarga kecil pelakon Eina Azman. Comel je semua!

Sumber: ig einaazman

Artis Bollywood menyambut Deepavali…

Itu artis di negara kita, sekarang ni kami nak sajikan anda pakaian beberapa artis Boolywood terkenal ketika sambutan Pesta Cahaya 2019. Mesti lagi meriah!

Priyanka Chopra

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi terkenal Hollywood, Nick Jonas tapi  Priyanka Chopra tetap meraikan perayaan Deepavali bersama suami dan rakannya di Cabo San Lucas, Mexico. Wah! Bagusnya pasangan ni, saling memahami budaya masing-masing.

Aishwarya Rai Bachchan

Pelakon jelita Bollywood siapa lagi kalau bukan Aishwarya Rai. Lihatlah sambutanya pada hari Deepavali berkumpul bersama keluarganya.

Sumber: ig aishwaryarai

Kajool

Nama pelakon terkenal, Kajool Devgan. Filem apa je dia yang dia membintangi tak meletup? Semuanya pasti mendapat sambutan hebat! Perayaan Deepavali kali ni pun dengar cerita sampai 3 persalinan baju dia ada, fuh! Raya sakan.

Preity G Zinta

Artis Bollywood bersaiz genit, Preity G Zinta. Perayaan tahun ni, dia telah menyambut bersama rakan seperjuangannya, Kajol tapi apa yang membuatkan Preity kelihatan lain daripada artis Bollywood wanita yang lain, dia menggayakan sareee seluar. Gaya urban! Boleh lah ni nanti nak tiru, ihiks!

Karisma Kapoor

Bukan main meriah lagi Karisma Kapoor sambut Deepavali, siap bergambar photoshoot.

View this post on Instagram

Kheer anyone ?? 😋😋 #diwalilunch 🌟 #family #sisters👭

A post shared by KK (@therealkarismakapoor) on

Juhi Chawla

Antara filem popular yang pernah Juhi Chawla berlakon adalah Hum Hain Rahi Pyar Ke dan Ishq. Mungkin ada yang lupa-lupa ingat tentang dirinya. Apa yang pasti, dia sering bergandingan dengan pelakon handal Aamir Khan. Wah! Tengok tu bukan main lagi Juhi Chawla bersiap pada hari Deepavali.

Kareena Kapoor

Filem 3 Idiot, itulah antara salah satu filem yang dibintangi oleh pelakon hebat Kareena Kapoor. Lihatlah sambutan Deepavali Kareena bersama adik-beradiknya. Bukan main meriah lagi dengan gemerlapan lampu biru!

Madhuri Dixit

Dia yang pernah membintangi filem Dil To Pagal Hai dan Devdas dengan memegang watak utama, siapa lagi kalau bukan pelakon lejen Bollywood, Madhuri Dixit.

Malangnya dia tidak ber-ootd mungkin sibuk dengan jadual hariannya tapi dia telah memberi ucapan ringkas sempena sambutan Deepvali kepada pengikutnya di media sosial.

Wah! Semua cantik-cantik. Artis Bollywood yang lain mungkin sedang sibuk menyambut Deepavali sampai tak sempat muat naik gambar di media sosial. Selamat menyambut Pesta Cahaya!

 

Untuk bacaan yang menarik, klik senarai artikel berikut:

2 Gambar Last Paling Vogue! Ini Antara Selebriti Melaram Ketika Perayaan Deepavali 2018 ,

Budaya India, Ketahui Disebalik Kemeriahan Perayaan Pesta Cahaya

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna