Jom Kenali Perangai Sebenar Si Dia Dengan Cara Mereka Makan

Selain dapat mengeratkan lagi hubungan, kenali personaliti sebenar pasangan dengan melihat cara si dia makan”

Walaupun anda sudah lama dengan pasangan masing-masing namun ia tidak bermakna anda kenal mereka dengan lebih mendalam. Kebiasaanya setiap individu mempunyai gaya dan personaliti yang berbeza apabila bersama dengan orang yang mereka sayang berbanding keluarga atau rakan-rakan. Haa pernah tak anda melihat cara si dia sewaktu makan bersama?

Mungkin bagi anda waktu makan bersama hanya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dan mempunyai kualiti masa bersama. Tapi sebenarnya anda boleh mengambil peluang ini untuk mengenali personaliti pasangan kita. Cara makan pun salah satu untuk kenal macam mana perangai sebenar si dia tau! Jom lihat perkongsian di bawah untuk tahu lebih lanjut.

Image result for eating together dating

Sumber: themirror

Makan Dengan Tenang 

Waktu anda makan dengan si dia, senyap dan tenang sahaja. Kemungkinan pasangan anda seorang yang tidak memilih makanan dan akan makan sehingga habis. Kalau anda dapat pasangan macam ni, tak perlu risau sebab itu tandanya dia seorang yang setia hiks!

Suka Membelek Makanan 

Bagi yang suka membelek makanan sebelum makan, itu tandanya si dia seorang yang cerewet! Kalau lauk ikan, siap asingkan dulu. Tapi jangan anggap ianya adalah perkara yang negatif, mungkin si dia mempunyai sifat prihatin dalam apa jua yang dilakukan dan tentu saja si dia pilih anda dan serius dengan kamu. Jadi jangan risau dan ragu tentang cinta si dia okay.

Related image

Sumber: freepik 

Makan Sambil Tengok Jam 

Makan sekejap dah tengok jam, tak tahu lah apa yang sibuk sangat nak dikejar tu. Opss, jangan terus anggap si dia curang, mungkin itu salah satu tabiatnya dan seorang yang sangat menitikberatkan soal masa.

Makan Sambil Membebel

Dari mula makan sampai ke habis, asyik membebel je tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya. Ada saja perkara yang tidak kena, sampai anda sendiri rasa naik rimas. Anda perlu faham sifatnya itu menunjukkan si dia mengambil berat terhadap diri anda sebagai pasanganya. Jadi jangan gatal-gatal nak menjeling dengan yang lain, walaupun sekadar cuci mata. Nanti habis lah anda!

Jadi anda rasa yang mana satu perangai sebenar pasangan anda? Hiks! Namun ini hanya sebahagian sahaja tau! Semua orang mempunyai karakter yang berbeza dan faktor cara anda makan sahaja tidak mampu menentukan personaliti sebenar anda.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Tanpa Suntikan Dan Pembedahan, Guna Cara Paling Selamat Hilangkan Kedutan

 

 

 

 

Sumber: baituljannah

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna