Jom Deko Bahagian Basuh Baju Yang Sempit Agar Nampak Kemas

Nak raya ni kalau boleh kita nak pastikan semua bahagian di dalam rumah berada dalam keadaan yang cantik dan tersusun je. Tapi agak mustahil nak pastikan setiap inci rumah berada dalam keadaan cantik dan kawasan yang biasa terlihat tidak kemas adalah di ruangan membasuh baju.

Cuba anda lihat bahagian basuh baju anda. Cantik ke tak? Susunan elok atau tak? Hm… Kalau anda sendiri pun kata dalam hati “Ya Allah! Seleraknya kawasan mesin basuh aku ni. Sedih aku tengok”.

Mungkin anda boleh ikuti tip deko bahagian baju daripada kami.

via GIPHY

 

Rak

Beli rak untuk letak di bahagian atas mesin basuh anda untuk kegunaan menyusun sabun, clorox atau pewangi baju. Tak ada lah nanti, sabun dan segala harta karun letak tepi mesin basuh. Tak moden la! Nak masuk tahun 2020 kak oi! Sangat sesuai untuk bahagian basuh baju yang luas atau sempit, ihiks!

Bakul

Sebaiknya, asingkan bakul untuk baju busuk dan baju yang sudah dibasuh. Tak lah nanti baju yang dah dibasuh, bau busuk! Ingat bakteria-bakteria ke kat dinding bakul tu? Dua bakul ni, kalau boleh berada di tempat yang berbeza.

via GIPHY

Maknanya, bakul untuk baju busuk, di letakkan berdekatan dengan mesin basuh dan bakul yang sudah dibasuh bajunya, letak di bahagian tepi pintu yard untuk siap-siap disidai di ampaian luar.

Penyangkut baju

Jika bahagian basuh baju anda sedikit luas, letak penyangkut baju. Mana tahukan, kot-kot nak pakai baju yang dah basuh tu keesokkan harinya, bolehlah gantung untuk proses pengeringan yang cepat. Kalau yang ada mesin pengering, rasanya tak perlu penyangkut baju pun tak apa. Ikut kepuasan diri sendiri.

Penyangkut sotong

Penyangkut sotong adalah benda yang sangat wajib untuk ada di dalam setiap rumah terutama di bahagian ampaian atau kawasan mesin basuh. Ini kerana untuk menyangkut pakaian yang kecil seperti stokin, spender, bra atau anak tudung.

via GIPHY

Lagipun, kering dengan cepat dan mudah untuk anda. Bila pakaian dah siap baju, masa angkat baju basuhan dari mesin basuh, sambil tu gantung je terus pakaian-pakaian kecil dekat penyangkut sotong. Sangat sesuai untuk bahagian basuh baju yang luas atau sempit.

Kami faham, dengan tempat sempit, mana lagi nak letak sabun cuci baju, pulak tu baju kotor sepah sana sini sampai dah tercampur-campur dengan baju yang dah basuh. Aduh! Pening di buatnya kak oi! Tak mengapa, ikut dulu 4 cara ni untuk kelihatan kemas. Nanti nak basuh baju hari-hari pun dah tak malas. Selamat mencuba!

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna