Jom Buka Puasa Dengan Daging Stik Itik!

Sebut saja menu hidangan stik, pasti anda terfikirkan daging yang berkualiti premium, mempunyai jus daging yang segar dan kelembutan daging yang cair dalam mulut. Aduh! Dah kecur air liur ni bila teringatkan daging stik yang tebal, bila dipotong terlihat warna kemerah-merahan dan bau rempah yang mengiurkan.

Tapi, pernah tak terfikir bagaimana cara menyediakan hidangan daging stik ni? Ha.. mesti anda fikir hidangan ini sukar untuk disediakan. Iyalah, mana kita nak tahu bahagian dalam daging di masak dengan well done atau medium rare. Potongan daging untuk hidangan stik pula selalunya tebal-tebal, lainlah kalau daging dihiris seperti biasa.

Seorang usahawan yang sudah mempunyai lebih 30 tahun dalam dunia masakan ala-ala barat,  Adam Mah telah berkongsi ilmu tentang masakan hidangan stik.

Beliau berkata, untuk mengetahui bagaimana tekstur dalam daging yang dimasak tebal, amat mudah. Hanya menggunakan jari dan telapak tangan saja.

“Ambil ibu jari dan cantumkan dengan jari telunjuk kemudian, tekan bahagian isi tapak tangan yang berada di bahagian bawah ibu jari. Lembut dan kenyal bukan? Begitulah tekstur isi daging yang di masak dengan medium rare.

Kalau nak tahu sama ada isi daging sudah dimasak sepenuhnya atau tidak, ambil ibu jari cantumkan dengan jari kelingking dan lakukan perkara yang sama. Jika keras, begitulah tekstur isi daging yang dimasak well done”

Sumber: wanitacantik

Tambahnya lagi, cara untuk dapatkan kelembutan daging mestilah lakukan proses aging pada daging di mana selepas daging dipotong, ia mestilah disimpan dalam suhu -4 darjah celcius selama 21 hari. Jika tidak, daging akan menjadi liat.

“Tekstur daging yang di aging berbeza dengan daging yang hanya dibekukan kerana bila di bekukan saja, urat yang terdapat dalam daging akan keras dan bila di masak, ia akan menjadi liat. Kalau daging di aging, tekstur daging selepas di masak pasti akan lembut,” katanya.

Untuk dapatkan kelembutan serta kesegaran hidangan stik yang pelbagai jenis ketika berbuka puasa nanti, anda boleh ke restoran NY Steak Shack kerana harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan saiz hidangan. Selamat berbuka!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna