Jom Buat QR Kod Sendiri Guna Aplikasi MySejahtera

Sejak penularan wabak berjangkit COVID-19 pada Mac lalu, kerajaan mula mengambil inisiatif untuk mengesan dan menganalisis pergerakan setiap rakyat Malaysia menggunakan imbasan kod melalui aplikasi.

Bahkan digunakan bagi mengesan individu yang diarah menjalani kuarantin atau memerlukan rawatan, serta memaklumkan sama ada mereka adalah kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

via GIPHY

Imbasan kod sangat penting!

Maksudnya, hanya dengan imbasan kod automatik kita dapat tahu siapa pernah datang ke tempat kita dan ke mana kita pergi jika kawasan tersebut dijangkiti wabak Covid 19.

Jadi amat penting untuk kita mempunyai imbasan kod sendiri lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kedai sendiri atau ingin membuat apa-apa majlis.

via GIPHY

Jom buat imbasan kod sendiri…

Jadi kami nak kongsikan cara membuat imbasan kod sendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Perkongsian ini kami ambil dari salah seorang pengguna Facebook, Ummu Tasnim Mustafa.

Pertama sekali, muat turun aplikasi MySejahtera. Pastikan yang asli bukan MySejahtera yang tiruan punya ye. Seterusnya ikut langkah di bawah.

Soalan lazim…

Bila dah daftar untuk imbasan kod sendiri, bolehlah cetak, laminate dan guna untuk tetamu atau pelanggan. Tapi, mesti ada yang bertanya macam mana nak semak individu yang pernah imbas kod kita, jom baca untuk jawapan tersebut.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua. Patuhlah SOP yang dikeluarkan kerajaan supaya kita sama-sama dapat menangani penularan COVID-19 dan menjalani kehidupan seperti biasa.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna