Jom Buat ‘Checklist’ 12 Jam Sebelum Ramadan

Bulan Ramadan, bulan yang amat dinanti-nantikan bagi seluruh umat Islam kerana bulan yang penuh dengan keberkatan serta banyak kelebihan dan seharusnya, disambut dengan penuh ta’zim dan berlapang dada. Kami yakin, pasti ramai di antara pembaca Donna sudah tidak sabar nak berpuasa yang tinggal beberapa jam saja lagi.

Dalam penantian, pastikan anda sudah lengkap dengan senarai checklist untuk 12 jam sebelum berpuasa. Ingat! Berpuasa bukan je menahan nafsu makan dan minum tapi ada benda lain juga yang perlu anda bersedia. Di bawah kami senaraikan persediaan ringkas sebagai persediaan menjalani hari-hari pada bulan suci ini. Antaranya…

Hidangan

Biasalah kalau menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, tak lain tak bukan menyediakan makanan pada waktu sahur. Untuk memudahkan anda pada awal pagi esok, pada waktu sebelah malam pastikan anda sudah sediakan bahan masakan untuk ditumis atau masak siap-siap. Sahur nanti tinggal panaskan je!

Sumber:

Tidur

Jatuh hukum Makruh jika tidur lama di siang hari pada bulan Ramadhan. Sebaiknya, pada malam ini tidur lebih awal dari biasa dan jika rajin, bangun awal untuk menunaikan ibadat 2 per 3 malam dan terus sediakan hidangan sahur untuk keluarga.

Telekung

Kalau sentuh soal telekung, apa lagi kalau bukan bersedia untuk menunaikan solat terawih pada hari. Sediakan telekung yang selesa dan wangi untuk bertemu dengan Maha Pencipta.

Sumber: telekung

Air Putih

Sejak kebelakangan ni cuaca agak tak menentu, kadang panas, kadang tu hujan lebat. Untuk mengambil langkah berjaga-jaga, malam ni dan waktu sahur pastikan anda sudah mengambil jumlah air putih yang mencukupi.

Sumber: KKM

Tazkirah

Jika sebelum ini anda sering mendengarkan lagu-lagu yang melalaikan, apa kata malam ni cari video tazkirah atau lagu memuji nama-nama-Nya untuk dengarkan pada setiap hari. Secara tak langsung dapat meningkatkan ilmu agama serta meraih kemenangan yang tidak sia-sia pada akhir bulan puasa nanti.

Mudah sajakan persiapan ringkas pada saat-saat akhir sebelum menempuh bulan suci ini. Selamat berpuasa semua!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna