Jimat Duit Dan Masa! Jom Cuba Lakukan ‘Waxing’ Sendiri Di Rumah

“Auch sakitnya”

Tampal dan sekali tarik zappp! Puas hati bila nampak segala bulu yang ada di kaki  yang ada di kaki barulah feeling-feeling macam model ambil gambar nanti. Waxing ni memang sudah cukup terkenal dalam dunia kecantikan buat para wanita kerana ia adalah salah satu cara untuk menghilangkan bulu dengan cara yang mudah dan tahan lama.

Tapi kalau dah sekali buat pastikan anda lakukannya secara konsisten, paling tidak pun sebulan sekali. Bila difikirkan semula mungkin ada di antara anda yang tiada masa nak pergi salon waxing, tambah lagi kena keluarkan duit pula tak pasal-pasal bajet lari. Jangan bersusah, sebenarnya waxing ni boleh je buat dekat rumah dan percayalah ia lagi senang! Tapi sebelum tu anda kena tahu apa yang patut  dilakukan dan tidak.

Image result for scrub kaki

Sumber: hijab

Exfoliate Before Waxing 

Langkah exfoliate ni sangat penting sebelum anda melakukan waxing untuk mengelakkan daripada berlakunya ingrown hair. Gunakan skrub atau wash cloth untuk memastikan sel kulit mati dapat dibuang dengan baik di kawasan yang anda ingin melakukan waxing.

Guna Bedak Bayi  

Sebelum anda melakukan waxing pastikan kaki atau di mana sahaja bahagian yang anda ingin lakukan berada dalam keadaan kering dan elakkan untuk menggunakan sebarang pelembap. Jadikan bedak bayi untuk menyerap kelembapan pada kulit.

Image result for waxing in home

Sumber: veet

Waxing Pada Kawasan Yang Sama 

Never! Jangan lebih daripada dua kali kerana ia akan menyebabkan kulit anda mengalami iritasi dan meningkatkan risiko munculnya ingrown hair.

Lakukan Waxing Sehari Sebelum Ke Pantai 

Nak pergi bercuti tambah lagi di tepi pantai, mestilah kena cantik dan pastikan tiada bulu nanti buat malu je! Tapi diingatkan kalau nak pergi ke pantai, jangan lakukan waxing 24 jam sebelumnya. Ini kerana, cuaca di pantai terlalu panas dan akan menyebabkan kulit yang baru waxing dehidrasi.

Haa kalau nak lagi senang apa kata, anda klik di sini untuk dapatkan baucher brazilian waxing. Hanya di Superdeals! 

 

 

 

 

 

Sumber: beautyjournal

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna