Jerut Isteri Sampai Mati, Suami Pensyarah Didakwa Esok!

Minggu lepas kita digemparkan dengan kematian salah seorang pensyarah Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman.

Kejadian ini berlaku kerana pensyarah tersebut mahu meneruskan perceraian dengan suaminya kerana kehadiran ‘orang ketiga’ namun kemudian berakhir dengan kematiannya akibat dijerut dengan tudung.

Sumber: cariangoogle

Boleh pula suspek berpura-pura…

Apabila siasatan dijalankan, rupanya suami mangsa hanya berpura-pura mencari isteri dan anak perempuan berusia 14 tahun sebelum menghubungi Mers 999, alahai! Dah membunuh, boleh pula berlakon.

Lebih menyayat hati apabila suspek bertindak menukar tempat mangsa ke tempat pemandu sebelum mengambil dompet dan telefon si mati serta meninggalkan dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

Sumber: facebook

Hasil siasatan…

Namun, setelah siasatan dijalankan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat mengeluarkan kenyataan bahawa kertas siasatan berkaitan kes terbabit sudah selesai dan suspek akan didakwa ke Mahkamah Majistret Sepang pada 9 pagi esok atas pertuduhan membunuh wanita itu.

“Suspek yang juga sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) berusia 41 tahun adalah bekas suami (dalam proses daftar perceraian) kepada si mati. Dia akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”

Siapa sangka orang yang hidup dengan kita selama 15 tahun pula boleh jadi ‘malaikat maut’. Buat pasangan di luar sana, banyakkan bersabar.

Paling penting sebelum melakukan sesuatu lebih-lebih lagi bila perkara yang mungkin menyakiti pasangan, bertindaklah mengikut akal bukan emosi. Isu keganasan rumah tangga bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Laporkan kepada pihak berkuasa jika anda merasakan diri anda dikasari pasangan. Bertindaklah sebelum terlambat!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel esok:

Dikatakan Fitnah Polis, Ini Penjelasan Asri Janggut

Duit E-Penjana Dah Masuk Dalam E-Wallet! Jom ‘Cash’ Kan

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna