Jerebu Makin Menebal, Ini 5 Langkah Untuk Menjaga Kesihatan Keluarga

Belum lagi reda dengan berita tentang kebakaran besar hutan Amazon di Brazil, kini Indonesia pula menjadi bahan bicara hangat gara-gara hutan hujan di Borneo dan Sumatera Indonesia sehingga menyebabkan jerebu.

Sekaligus mengundang rasa marah bukan saja Malaysia tapi negara jiran serantau lain seperti Singapura, Brunei dan juga di bahagian selatan Thailand. Bukan apa, senario ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Di bawah adalah bacaan Indeks Pencemaran Udara pada hari ini, 19.9.2019 dari jam 3.00 petang – 7.00 malam.

Lihatlah betapa teruknya udara di luar sehingga ada yang di tahap hampir Sangat Tidak Sihat iaitu 300. Justeru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia cara menghindar diri dari menghirup udara tidak sihat.

Penutup hidung

Pastikan ahli keluarga menggunakan penutup hidung yang telah disarankan oleh pihak Kementerian iaitu penutup hidung jenis N95 jika ingin membuat aktiviti di luar banggunan atau kawasan rumah.

Ini kerana ia berfungsi dengan lebih baik kerana mampu menyekat udara tercemar di luar daripada memasuki  dalam hidung dan mulut. Malah dilengkapi dengan penapis untuk menghapuskan zarah halus dalam jerebu.

Sumber: medscape

Pengudaraan banggunan dan rumah

Pengudaraan banggunan dan rumah seperti tingkap dan pintu haruslah ditutup untuk mengelakkan dari rumah dimasuki udara yang tidak sihat. Lebih-lebih lagi ahli keluarga mereka yang mempunyai bayi kecil. Jika di biarkan pintu dan tingkap terbuka luas, bukankah sama je anda keluar rumah tanpa memakai topeng?

Minum air putih

Jadikan rutin wajib seharian untuk minum 8 gelas sehari walaupun anda tidak merasa dahaga untuk mengelakkan tubuh badan daripada terkena penyakit seperti mata berair, hidung berair dan sakit tekak. Sekali gus membantu tubuh untuk mengepam keluar toksin diserap melalui kulit dan paru-paru dan meningkatkan sistem imun.

via GIPHY

Merokok

Kalau ada ahli keluarga yang menghisap rokok, minta mereka untuk berhenti atau tidak merokok di dalam rumah. Jika merokok diluar pun, ingatkan mereka bahawa asap rokok sebenarnya salah satu pengundang pencemaran udara. Tidak lupa juga kepada penghisap vape, elakkan menghembus apa-apa asap di dalam rumah.

via GIPHY

Awasi kesihatan

Sentiasa awasi kesihatan kanak-kanak, bayi dan warga tua. Jika mata dan hidung berair atau mengadu sakit tekak segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut terutama jika ahli keluarga menghidapi penyakita peparu dan jantung kerana golongan ini mudah terkena dengan zarah jerebu.

Bagaimanapun, menurut berita sumber TV3, isu jerebu ini akan berakhir sehingga awal bulan Oktober atau hujung bulan September ini. Bertahanlah untuk 2 hingga 3 minggu ini untuk tidak melakukan apa-apa sebarang aktiviti diluar untuk kesihatan diri dan keluarga.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut: 10 Simptom Kesihatan Kanak-Kanak Yang Anda Perlu Peka Jangan Pandang Enteng, Ini Tip Penting Untuk Hadapi Jerebu Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: twitterberitabenar

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna