Jenis Makanan Yang Mampu Memberi Anda Semangat

Setiap pagi sebelum nak memulakan kerja, mesti anda inginkan badan dan mood dalam keadaan stabil dan bersemangat. Kalau tak, habislah semua kerja ada je yang tak kena.

Tapi, macam mana nak dapatkan mood dan semangat pada setiap pagi kalau dah rakan sekerja atau majikan, pagi-pagi lagi dah buat mood jatuh merundum!  Potong mood betul!

via GIPHY

Jangan risau, selain daripada melakukan aktiviti yang produktif pada awal pagi, Donna akan kongsikan kepada anda beberapa makanan simple yang boleh membuat anda rasa bersemangat sebelum melakukan rutin harian. Antaranya:

Kurma atau kismis

Untuk pengetahuan anda, kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.

Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Kalau makan waktu pagi, ia dapat memberi anda semangat dan tenaga sebelum melakukan kerja.

Coklat

Coklat yang memenuhi kotak berbentuk hati sebenarnya bukan saja boleh dijadikan hadiah tapi, ia membantu untuk menstabilkan emosi dan mood seseorang. Hal ini kerana, coklat mengandungi jumlah phenylethylamine yang dapat membantu mengurangkan tekanan.

Kajian di United Kingdom mendapati, coklat dapat menstabilkan degupan jantung dan memberi oksigen yang cukup untuk badan manusia sekaligus dapat memberi kesegaran dan semangat pada tubuh badan.

Teh hijau

Umum sudah mengetahui khasiat teh hijau adalah membantu mengurangkan berat badan dan mengelakkan dari penyakit kanser. Ini kerana, kajian mendapati teh hijau mengandungi antioksida yang dapat membantu saluran pam darah sentiasa dalam keadaan sihat dan jantung mengepam dengan bagus.

Cili banggala

Kepada penggemar pedas, anda pasti bersyukur kerana cili banggala menjadi salah satu makanan yang mampu menaikkan semangat anda! Wow! Lepas ni mesti ramai makan cili banggala macam makan epal je, ihiks!

Kajian mendapati khasiat cili banggala sama saja seperti cili-cili yang lain kerana kepedasannya yang dapat membantu tubuh badan rasa lebih bertenaga dan tidak lesu tapi, anda perlu diingatkan bahawa jika mengambil  makanan pedas yang terlampau dapat memberi kesan negatif juga. Jadi berpada-pada.

Buah epal merah

Pada tahun 2014, sebuah kajian membuktikan bahawa lebih 700 orang wanita yang makan buah epal sebanyak sebiji atau dua biji sehari akan membantu mereka dalam menambahkan jumlah air pelincir ketika melakukan hubungan intim berbanding wanita yang tidak mengambil langsung atau makan separuh buah epal sehari.

Sumber: pexels

Hm, nampaknya makanan yang Donna senaraikan ni semua boleh makan begitu saja tanpa dimasak atau di tumis. Sebolehnya, amalkan pengambilan makanan yang sihat supaya tidak memudaratkan kesihatan di kemudian hari.

 

 

 

 

Sumber: LS

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna