Jenis Makanan Yang Boleh Bakar Lemak Tepu

Mentaliti masyarakat sekarang ini, berat badan akan turun hanya dengan menahan diri daripada makan. Jika anda skip waktu makan, pasti berat akan berkurang. Tapi sayang, itu bukan cara yang betul.

Untuk menurunkan berat badan, anda haruslah menjaga pemakanan terlebih dahulu. Barulah diikuti dengan bersenam untuk dapatkan bentuk badan yang cantik, sado dan kemas.

Sumber: internet

Menjaga pemakanan bukanlah perkara yang sukar kerana apa yang anda perlu tahu adalah mengetahui berapa banyak pengambilan lemak, protein dan karbohidrat yang mencukupi.

Ini kerana, sistem badan kita seperti enjin yang memerlukan minyak untuk menggerakkan sesebuah kenderaan. Begitu juga dengan badan kita, ia perlukan zat yang mencukupi untuk badan kita memproses zat ke seluruh badan.

Bayangkan kalau anda berjaya menurunkan berat badan tapi, tubuh badan anda tidak sihat. Tak guna juga. Sebolehnya, pengambilan jumlah zat dalam hidangan seimbang bagi memastikan tubuh badan anda turun dengan sihat.

Sumber: pexels

Elakkan makanan yang diproses atau makanan segera. Apa yang anda perlu ambil adalah daging, ayam, ikan, sayur, buah-buahan.

Untuk mengetahui lebih lanjut bersama pakar kesihatan badan, anda boleh dengarkan episod 2 di website Ais Kacang. Klik saja di sini.

 

 

Sumber: ais kacang podcast

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna