Jatuh Cinta Dengan Bos Di Pejabat, Bahagia Atau Bala?

Cinta datang tanpa diundang. Tiada siapa yang dapat menjangka kerjaya profesional di pejabat mungkin boleh menerbitkan bibit-bibit perasaan dalam jiwa. Perkara ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana masa anda banyak dihabiskan di pejabat.

Anda mempunyai kesempatan untuk berkenalan, berinteraksi, mengenali karakter masing-masing sebelum menyedari anda sudah jatuh hati padanya. Namun, sebelum anda bertindak lebih serius untuk meneruskan perhubungan, ini antara risiko yang perlu anda pertimbangkan.

via GIPHY

Hilang pekerjaan

Ketika hubungan sedang bahagia, mungkin anda tidak terasa kesannya. Namun apabila hubungan  menjadi tegang dan diuji dengan pelbagai masalah. Ia  akan memberi kesan kepada pekerjaan. Tekanan dan masalah peribadi yang anda hadapi mungkin boleh membuatkan anda hilang fokus semasa bekerja. Anda akan terbawa-bawa drama cinta sehingga menjejaskan reputasi kerja. Jika keadaan ini berlarutan, anda mungkin boleh dibuang kerja.

BACA: Wanita Ini Dibuang Kerja Gara-Gara Balas Mesej Pengurus Guna Emoji ;!

Tidak produktif

Bayangkan si dia selalu berada depan mata, fikiran anda mungkin akan sibuk memikirkan si dia. Anda akan mengintai dan bergurau dengannya sehingga mengganggu produktiviti kerja. Ia juga mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa rakan sekerja.

via GIPHY

Dijauhi teman

Lebih rumit lagi jika si dia yang buat anda jatuh cinta ialah seseorang yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam syarikat. Anda harus berhadapan dengan persepsi orang yang menganggap anda sedang ‘kipas’ bos  hanya untuk mendapatkan promosi dan kenaikan gaji. Bersedialah untuk dijauhi rakan-rakan sepejabat kerana drama politik di tempat kerja memang wujud.

BACA: Eeuw! Sikap Ini Buat Ramai Wanita Nampak Hodoh

Memang jodoh di tangan Tuhan tapi berhati-hatilah dengan apa yang anda lakukan agar tidak menimpulkan salah faham seperti isu pilih kasih.

Bijak-bijaklah menjaga diri dan sentiasa bersikap profesional okay?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna