“Jantung Rasa Nak Terkeluar Masa Tu…” – Linda Onn Kongsi Cara Atasi ‘Panic Disorder’

Saya kena panic disorder ni selepas saya diarahkan untuk kuarantin diri dan tak dibenarkan masuk kerja,”

Itulah perkongsian ringkas ketika kami temubual pengacara terkenal, Linda Onn mengenai gejala panic disorder dan anxiety attack ini. Gejala serangan panik ini biasanya berlaku secara tiba tiba dan pesakit akan rasa cemas dan kesukaran bernafas.

Sayangnya, ada di antara kita merasakan serangan ini adalah satu perkara yang dibuat-buat untuk meraih perhatian umum. Menurut satu laporan perubatan, gejala ini bukanlah perkara main-main kerana perlukan pemeriksaan lanjut jika berlarutan.

via GIPHY

Perkongsian Linda Onn..

“Keadaan saya ketika gejala tu menyerang adalah banyak benda bermain dalam fikiran saya, rasa takut, tangan mengigil, kaki berpeluh, rasa mual, sesak nafas, jantung berdegup laju seakan-akan nak terkeluar sampai rasa aku ni nak mati ke?” jelasnya ketika menemubual menerusi IGLIVE bersama Donna.

Tambahnya lagi, apa yang dia lakukan ketika mengalami gejala ini adalah bertenang. Dia tidak kisah jika dirinya dibiarkan berseorangan kerana dia akan mendengar suara meditasi yang disyorkan oleh doktor, membuat perkara yang menenangkan misalnya mengawal pernafasan in-out dan cuba fikir semuanya dalam keadaan baik.

Tip dari Linda Onn…

“Apa yang saya buat untuk mengelakkan diri dari diserang panic disoder ni adalah menonton salah satu siri komedi berjudul Friends, tidak membaca bahan bacaan negatif pada waktu pagi, berinteraksi dengan orang, cari aktiviti yang buat diri saya sibuk dan memenuhkan jadual rutin harian saya,” jelasnya.

Menurutnya lagi, doktor ada memberikan dirinya ubat iaitu Xanax tapi Linda tidak mengambil dengan kerap kecuali keadaan memaksa. Dia turut mengingatkan mereka yang pernah alami situasi ini agar tidak overthinking dan cuba kawal minda seboleh yang mungkin untuk fikir perkara positif.

Untuk dengarkan lebih, jom tengok video berikut…

Mungkin mereka yang tak pernah lalui gejala ini, tidak akan faham keadaan pesakit sebenar. Namun apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka adalah dengan memberikan sokongan kepada mereka dan sentiasa memahami keadaan yang dialami mereka.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sabar… Rupanya ‘Panic Buying’ Ni Bukan Jadi Dekat Malaysia Sahaja

Wanita Perlu Lebih Kuasa Untuk Diri Sendiri- Linda Onn

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna