Jangan Yakin Sangat Mungkin Si Dia Bukan Jodoh Anda, Kenali 4 Petanda Ini

” Jodoh itu memang rahsia Allah, tapi sebagai hambanya kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia”

Ada yang bercinta lima tahun, tapi akhirnya terlerai juga itu menandakan bahawa selama mana anda kenal dengan pasangan anda tidak bermakna anda sudah memiliki mereka dan hubungan yang lama dibina bukan lah pengukur sama ada si dia adalah jodoh anda atau pun tidak. Donna faham, mungkin ada yang berpendapat bahawa jodoh itu adalah rahsia Allah yang pastinya semua orang tidak tahu siapa dan bila ia akan datang tetapi anda juga perlu berusaha dan bertindak untuk mendapatkan sesuatu termasuklah pasangan hidup.

Zaman sekarang ni sudah menjadi ‘trend’ untuk berkongsi segala momen di media sosial dan ia bukanlah sesuatu perkara yang salah tetapi mungkin akan mengundang perkara yang tidak diingini apabila ia melibatkan tentang hubungan anda dan pasangan tambah pula bagi yang belum berkahwin atau bakal menjadi suami isteri. Walau serapat mana anda dan mereka, penting untuk anda tetapkan ‘mindset’ bahawa kemungkinan takdir tidak menyebelahi jodoh anda dengan si dia.

Macam mana nak tahu bahawa dia adalah jodoh kita atau tidak, jom kenali 6 petanda ini mungkin ia boleh membantu, sebelum anda buat keputusan yang salah!

Related image

Sumber: shuttershock

Bila Ada Konflik, Sering Menjauhkan Diri

Setiap hubungan pasti ada naik turunya, kadang-kadang rasa bahagia sangat tetapi ada juga waktu anda dan pasangan tidak boleh bersua nanti mesti bergaduh. Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila si dia sering menjauhkan diri dan bukan mencari jalan penyelesaian mereka mungkin anda bertindak untuk menyimpan dalam hati dan memendam rasa. Sikap ini tidak baik untuk hubungan anda malah ia akan memburukkan lagi keadaan apabila ianya dibawa sehingga ke alam rumahtangga.

Tak Pernah Kisah Tentang Kesihatan Anda

Kalau setiap masa sibuk sampai tidak anda sakit atau mengambil berat tentang kesihatan anda bermakna si dia tidak pernah kisah tentang diri anda dan anda bukan keutamaan baginya. Mungkin ia nampak seperti perkara remeh tapi untuk memilih pasangan hidup penting mencari si dia yang sanggup untuk menjaga anda dan sering mengambil berat tentang diri anda dari masa ke masa.

Image result for man ignore women

Sumber: virgo

Tidak Pernah Hargai Dan Peduli Apa Yang Anda Buat

” Awak dah ni kenapa masak mi goreng untuk saya? Dah tahu kan saya tak makan makanan macam ni, dah la terus tak ada selera macam ni “

Luluh hati seorang wanita apabila sanggup pasangannya layan sebegini. Dalam setiap perhubungan sifat saling menghargai antara satu sama lain antara perkara penting untuk kekal lama dan bahagia. Jika si dia tidak pernah menghargai apa yang anda lakukan selama ni, lebih anda ‘angkat kaki’ sahaja kerana itu tindakan terbaik yang anda boleh lakukan untuk diri anda sebagai wanita.

Tak Pernah Berbicara Tentang Masa Depan

Tujuan bercinta dan dating ni untuk apa sebenarnya? Adakah ia semata-mata untuk membuktikan anda hanya setakat ada pasangan hidup? Jika si dia tidak pernah berniat untuk menghalalkan anda, itu membuktikan bahawa pasangan anda benar-benar tidak serius untuk masa depan. Jadi fikirkan ia sebaik mungkin, lebih baik untuk anda bertanya pada yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa atau rakan-rakan yang sudah berkahwin.

Perkongsian di atas tidak bermakna anda tidak boleh bahagia dengan mereka,yang penting ia terletak pada kepercayaan diri sendiri. Jodoh itu rahsia Allah siapa kita untuk menidakkanya.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Siap Bertemakan Barbie Dan Hot Wheels Lagi! Jom Bawa Anak-Anak Datang Ke Sini

 

 

 

Sumber: baituljannah 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna