Jangan Tidur Dengan Rambut Basah Kalau Tak Nak Perkara Ni Jadi

Disebabkan anda rushing untuk pergi kerja pada setiap pagi, mesti sampai tak sempat nak basuh rambut kan? Jadi anda akan memilih waktu malam sebagai ganti selepas pulang dari kerja atau melakukan aktiviti di rumah. Biasalah dah seharian penat di tempat kerja, sebagai seorang wanita memang tak dapat lari daripada rasa penat untuk menunggu rambut kering sebelum tidur.

Mungkin anda juga akan menganggap bahawa mengeringkan rambut dengan menggunakan hair dryer akan merosakkan kulit kepala serta rambut. Tapi jaga-jaga sebenarnya tabiat tidur dengan rambut basah ni boleh menjejaskan rambut dan kesihatan anda.

Make sure lepas ni you all rajin ye keringkan rambut sebelum tidur, kalau tak nak 4 perkara ni jadi:

Kelemumur

Related image

Sumber: blogspot

  • Sebab utama rambut menjadi kusam, kering dan kulit kepala gatal apabila anda tidur dengan rambut yang masih basah. Hal ini secara tidak langsung minyak pada kulit kepala akan mudah terkena pada kain bantal dan memberi infeksi pada kepala anda.
  • Kehilangan minyak yang dihasilkan pada kulit kepala secara semulajadi  mampu membuatkan anda mengalami kelemumur yang teruk. Bukan itu sahaja, bantal tidur yang lembap juga akan menghasilkan bakteria dan kulat. Jadi kalau tak nak kulit kepala berkuping dan gatal, keringkan rambut betul-betul sebelum tidur!

Sering Sakit Kepala

Image result for sakit kepala

Sumber: detikhealth 

  • Tertanya-tanya mengapa anda sering mengalami sakit kepala? Haa kalau anda nak tahu sebenarnya tidur dengan rambut yang basah ni tidak baik untuk suhu badan, kerana tubuh badan anda berada dalam suhu yang normal manakala kepala anda berada dalam suhu yang rendah. Jadi itulah salah satu punya kenapa anda kerap rasa sakit kepala!

Rambut Kusut & Rosak

Image result for rambut kusut dan rosak

Sumber: Bukanaku 

  • Nak tahu apa kelemahan pada rambut anda? Bila dalam keadaan basah! Apabila anda mula keringkan air pada rambut dengan tuala, sebenarnya ia akan menghasilkan geseran dan membuatkan rambut anda mudah  bertambah kusut apabila ia kering.
  • Kalau tak nak habiskan masa di waktu pagi hanya betulkan  rambut anda lama-lama. Jangan sesekali tidur dengan rambut basah kerana ia akan menyebabkan rambut anda senang tersimpul.

Bakteri Pada Bantal

Image result for bacteria on pillow cases

Sumber: living

  • Cuba anda bayangkan bila bantal yang lembap dibiarkan di atas katil sepanjang hari? Haa geli kan, jadi sama sahaja apabila anda tidur dengan rambut yang basah pada waktu malam.
  • Kelembapan pada rambut akan menyebabkan kepala anda mudah terdedah dengan jangkitan bakteria serta merebak pada sarung bantal.

Artikel berkaitan:

Tak Perlu Pergi Saloon, Dekat Bilik Sendiri Pun Dah Boleh Buat Rawatan Rambut

 

 

 

Sumber: BLdaily 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna