Jangan Tertipu! Senarai Makanan Ini Nampak Je Sihat Tapi Ada Risiko Tersembunyi Yang Anda Belum Tahu

Nak sihat kena lah makan makanan yang berkhasiat betul tak? Tapi adakah anda pasti semua makanan yang anda pilih benar-benar memberi manfaat kepada tubuh badan atau hanya sekadar memberi kepuasan ketika anda menjamahnya.

Mungkin ramai di luar sana yang tidak tahu terdapat makanan yang terkenal seperti sushi dan yogurt adalah kumpulan makanan yang baik tetapi mempunyai risiko tersembunyi jika anda makan ia secara kerap. Untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat anda harus mempunyai effort untuk lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan minuman.

Nak tahu apa senarai makanan yang nampak ‘sihat’ tetapi mempunyai risiko yang tersembunyi, jom lihat di bawah!

Image result for frozen yogurt

Sumber: macheesmo

Frozen Yogurt 

Mungkin anda sering menganggap bahawa yogurt beku adalah kudapan atau snek yang paling terbaik semasa diet. Tetapi tidak semua yogurt mempunyai proses pengeluaran yang sama. Ini kerana apabila proses pembekuan ini dilakukan secara tidak langsung ia akan membunuh beberapa bakteria baik untuk kesihatan usus.

Menurut Dana Kofsky pakar pemakanan di California menyatakan bahawa yogurt beku mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi berbanding ais krim. Sesetengah pengeluar yogurt mengambil langkah untuk menambah gula bagi mengelak rasa masam berlebihan ketika anda makan.

Image result for sushi

Sumber: tokyospark

Sushi

Siapa penggemar sushi dekat sini? Memang tidak dapat dinafikan bahawa sushi mempunyai khasiat kaya dengan protein, rendah karbohidrat dan rendah lemak. Jika hendak dibandingkan dengan makanan Melayu yang lain, ia lebih mempunyai kualiti lebih tinggi dan sememangnya sihat.

Tapi awas! Penting untuk anda tahu bahawa setiap hirisan ikan yang terdapat di dalam sushi seperti salmon dan tuna mempunyai potensi tercemar dan terdedah kepada bahan berbahaya seperti merkuri. Benar tidak semua ikan tercemar dengan perairan di laut, tetapi lebih baik jika anda berhati-hati dalam memilih makanan yang berkualiti dan selamat.

Image result for salad

Sumber: todayshow

Salad 

Eh apa yang bahayanya kan salad salah satu menu diet? Bukan ke ia makanan sihat? Haa mesti pertanyaan itu sedang bermain difikiran anda semua. Cuba check semula dalam hidangan salad anda, ada tak potongan ayam, roti dan mayonis? Tanpa sedar sebenarnya anda telah menambahkan 700 kalori dan 40 gram lemak.

Macam mana nak sihat? Apa kata anda menggantikan sos salad dengan minyak yang mempunyai nutrisi yang baik seperti minyak zaitun kan lebih selamat.

Image result for smoothies

Sumber: delish 

Smoothies 

Walaupun ianya adalah minuman campuran daripada buah-buahan tapi jika anda membelinya di kedai, kebiasaanya kandungan kalori dalam setiap hidangan boleh mencecah sehingga 500 kalori. Banyak kan! Itu belum lagi tambahan gula yang mereka lakukan untuk lebih selamat apa kata anda buat jus sendiri di rumah tanpa tambahan gula dan susu.

Image result for energy drink

Sumber: undark

Minuman Bertenaga 

Setiap kali rasa mengantuk atau lesu mesti nak cari kopi atau minuman bertenaga betul tak? Kebanyakan minuman bertenaga ini mengandungi bahan penting iaitu sodium dan potasium yang membantu mengembalikan kesegaran pada tubuh badan setelah melakukan aktiviti berat.

Tetapi jika kerja anda tidak melibatkan pergerakan yang banyak, mungkin anda harus mengurangkan pengambilan minuman ini kerana ia mengandungi hampir 125 gram kalori. Ia tidak sesuai jika anda menjadikan minuman ini dalam rutin pemakanan kerana secara tidak langsung boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa anda sedari.

Lepas ni hati-hati ye dalam memilih makanan, bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Semoga bermanfaat! Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Spend Hanya RM250 Di Pulau Pinang Untuk 2 Hari. Siapa Kata Tak Boleh Jimat Masa Travel?

 

 

 

 

Sumber: news

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna