Jangan Tersilap! Ikut Cara Mudah Bezakan Daun Ketumbar Dan Daun Sup

Hirup sup waktu hujan memang best! Suasana yang sejuk dapat pula makan hidangan yang panas memang menyegarkan. Siapa penggemar sup mesti sering memilih menu sup seperti tomyam tapi perasan tak terdapat daun dalam sup itu yang membuatkan ianya bau wangi dan bertambah sedap. Jangan tersilap ye, itu bukan daun sup tetapi daun ketumbar. Tak tahu nak bezakan, jom Donna kongsikan cara mudah untuk anda membezakan dan khasiat daun sup dan daun ketumbar.

Related image

Sumber: sheknows

Sekilas pandang memang nampak sama tapi tak serupa. Kebiasaanya pasti anda ingin bau terlebih dahulu daun tersebut untuk memastikan sama ada ia adalah daun sup atau ketumbar. Bentuk daun adalah perkara pertama yang anda boleh lihat, daun sup berbentuk lebih tajam dan mempunyai batang yang panjang berbanding daun ketumbar mempunyai batang yang pendek dan daunnya lebar.

Image result for daun sup daun ketumbar

Sumber: apabeza

Bagi daun ketumbar tak ramai yang sukakanya kerana mempunyai bau dan rasa yang agak kuat sehingga menusuk ke hidung. Tetapi daun sup menjadi pilihan suri rumah bagi menyedapkan makanan kerana mempunyai bau yang wangi dan secara tidak langsung akan mengingatkan anda kepada hidangan bersup.

Related image

Sumber: friedchilis

Daun sup sebenarnya mempunyai khasiat vitamin C yang mampu meningkatkan imuniti badan anda. Ia bertindak untuk melawan penyakit dan amat berkesan kepada anda yang mempunyai imuniti yang rendah kerana akan mudah dijangkiti selsema dan batuk. Tak lengkaplah jika sup tomyam tanpa daun ketumbar kan? Bagi anda yang sering mengalami senggugut semasa menstruasi anda digalakkan untuk mengamalkan air rebusan daun ketumbar untuk mengurangkan rasa sakit.

 

 

 

 

 

 

Sumber : bidadari 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna