Jangan Tersalah Dukung Bayi, Ikut Cara Ni Lebih Tepat Dan Mesra

Bagi ibu bapa di luar sana anda perlu tahu bahawa tubuh badan bayi masih terlalu lembut dan mudah untuk mendapat kecederaan. Walaupun perkara ini sering dianggap mudah tetapi ia perlu diberi perhatian terutama ketika anda mengendong atau mendukung mereka kerana ia boleh mengundang kecederaan seperti dysplasia pinggul jika anda tidak melakukan dengan cara yang betul.

Cara Bawa Bayi Dengan Menggunakan Sling

Bawa Bayi Di Hadapan 

Untuk pengetahuan anda membawa bayi di hadapan sesuai ketika mereka berusia 4-6 bulan. Ini kerana leher mereka telah kuat dan mampu berdiri teguh. Elakkan untuk letak bayi anda menghadap ke depan dan lebih baik jika ia menghadap ke arah anda.

Image result for carrying baby"

Sumber: mildron

Berikut adalah cara-caranya :

  1. Gunakan alat untuk mengendong pada badan dan longgarkan tali jika perlu.
  2. Angkat bayi dan letakkan di dalam sling. Minta pasangan untuk meletakkan bayi di dalamnya dengan kedudukan menghadap dada.
  3. Pastikan kaki bayi terbuka, posisi ini menjadikan beban antara sendi pinggul dan paha bayi tidak terlalu berat.
  4. Pastikan wajah bayi masih kelihatan dari atas dan tidak diliputi oleh pakaian orang yang membawa bayi tersebut supaya bayi tidak mengalami kesukaran bernafas.

Image result for carrying baby"

Sumber: pinterest

Bayi Di Belakang

Ia sama seperti anda membawa bayi di hadapan tetapi anda perlu lakukannya dengan lebih berhati-hati kerana anda tidak boleh mengawasi apa yang dilakukan oleh bayi ketika di belakang. Minta bantuan pasangan untuk memantau bayi dan pasang tali pinggang dengan kemas untuk mengelakkan kecederaan berlaku. Ketatkan sling dan pastikan beri ruang agar bayi anda selesa.

Prinsip penting yang anda perlu pastikan ketika menggendong bayi :

Tight – ketat, bayi rasa dipeluk supaya anda dan bayi rasa selesa.

Invisible – Sentiasa dapat melihat wajah bayi

Close enough to kiss – Kepala bayi dekat dengan anda supaya anda boleh cium apabila didukung

Support back – sling yang digunakan boleh menyokong belakang bayi

Haa nak dukung bayi pun, ada caranya tau. Lepas ni anda boleh praktikkan tip di atas agar lebih selamat dan selesa.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Betul Ke Aura Ibu Tunggal Mampu Pikat Lelaki Bujang?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: baituljannah 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna