Jangan Terlepas! ‘Live Streaming Showcase’ Orkes A Hizadin Sabtu Ini

Bagi anda yang tercari-cari apa yang boleh dilakukan pada hujung minggu ini, Donna mahu anda berhibur dan ajak rakan-rakan semua untuk menyaksikan berita baik ini bersama ya, barulah syok!

Good news yang Donna mahu kongsikan pada pembaca semua adalah, cepat-cepat clear kan schedule anda pada Sabtu, 20 Jun 2020 untuk berhibur dan menyaksikan  kemunculan khas Live Streaming Showcase Orkes A Hizadin ya ladies!

“Eh? Mana boleh berkumpul!”

Usah risau, anda boleh menyaksikan live  streaming showcase kumpulan Orkes ini melalui telefon pintar mudah alih dan dalam talian. Enjoy hujung minggu dari rumah sahaja dan  ambil peluang ini untuk mengenali kumpulan Orkes secara eksklusif!

Kumpulan Orkes dan Donna faham akan risiko keselamatan anda semua di luar sana, jadi untuk memastikan anda boleh berhibur dan selamat dalam pada masa yang sama, tonton sahaja siaran langsung khas ini dari rumah. Ish, rugi tau kalau terlepas ni.

Seringkali anda semua menyaksikan kumpulan Orkes ini menyanyi dan berhibur dengan lagu-lagu mereka, kali ini hadir peluang untuk berborak tentang muzik mereka! Dari mana datangnya idea akan sesuatu lagu mereka, sejarah lagu tersebut, siapa yang mencipta dan macam-macam lagi boleh tanya.

Sebelum tu, nah teaser sikit,

Dalam pada masa yang sama juga, mereka semua willingly untuk menjawab persoalan yang anda semua sering tertanya-tanya berkenaan mereka. Inilah waktu yang sesuai untuk bertanya kumpulan famous ni geng. Tak nak tanya pasal lagu? Okay tak ada masalah, boleh tanya pasal personal life masing-masing ketika PKP tau! Mungkin ada yang di antara mereka pandai memasak? Jadi, standby Sabtu ni okay?

Memandangkan peluang ini menjelang tiba 20 Jun ini, Donna nak bertanyakah berkenaan rahsia-rahsia yang mereka semua boleh kongsi. Mesti ada yang kelakar! Kumpulan Orkes ini nak ajak anda semua lepak bersama dengan mereka tepat jam 9 malam sehingga 10:30 malam tau.

 

Donna tak sabar untuk enjoy live streaming showcase Orkes A Hizadin yang akan berlangsung pada Sabtu 20 Jun akan datang. Jumpa anda di sana!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna