Jangan Terlalu Selesa, Fenomena Yang Melanda Dunia Ini Makin Kritikal

Ah! Buang je la dekat sini, nanti ada la orang kutip,”

Itulah sikap mentaliti sesetengah kita kan? Yalah, kiri kanan tak ada tong sampah, buang sampah merata je la jalan penyelesaian dia. Ish! Ish! Kalau si kecil tengok perbuatan tu, sedikit sebanyak mesti mereka juga akan lakukan perkara yang sama.

Dalam tak sedar, sebenarnya bumi sudah semakin tenat. Pelbagai pembangunan, pembalakkan dan perubahan geografi berlaku. Belum lagi kalau lihat pada pencemaran alam sekitar, habitat liar yang pupus disebabkan kita sendiri. Tak rasa bersalah ke?

via GIPHY

Tapi, dalam artikel ni, Donna bukan nak cerita tentang habitat atau alam sekitar tapi fenomena lain yang melanda dunia kita dan ia semakin serius.  Antaranya…

Media Sosial

Perasan tak kebanyakan orang kita langsung tak boleh berenggang dengan telefon pintar. Seolah-olah kena gari telefon dengan tangan tu. Kadang orang yang berada di depan pun, berborak menerusi media sosial. Mana taknya, hampir semua benda berkait rapat dengan telefon. Nak bayar bil pun menggunakan aplikasi.

via GIPHY

Tapi, tahukah anda bila terlalu melekat dengan telefon pun ada buruknya juga. Misalnya, masa yang berkualiti dengan orag sekeliling makin hambar sekaligus akan memberi kesan terhadap emosi. Iyalah, bila lihat kehidupan orang lain lagi seronok berbanding kita, mula kita akan rasa down. Bukankah itu memberi kesan terhadap kesihatan mental?

Tekanan

Tekanan atau tertekan sudah menjadi perkara sinonim bagi kita. Iyalah, banyak perkara boleh menjejaskan emosi kita lebih-lebih lagi wanita. Mudah rasa tertekan. Tertekan dengan anak, duit, suami, kerja, kesihatan, lambakan kerja di pejabat dan banyak lagi.

via GIPHY

Bagaimanapun, sebuah kajian yang dikeluarkan oleh pihak CNN, setiap orang di dunia akan mengalami stres. Apa yang membezakan adalah cara individu itu mengawal tekanan sama ada untuk memikirkan sepanjang hari atau memilih untuk bahagia.

Viral

Teknologi dan medium media sosial bergerak sangat laju. Setiap minit ada saja perkara baru, berita baru dan isu baru yang akan timbul. Kadang tu, masing-masing berlumba-lumba nak menjadi yang pertama.

via GIPHY

Kesan daripada ini ramai yang akan mengalami depresi kerana gagal berada di depan. Malah, ada yang sanggup memalukan diri semata untuk menjadi popular.

Gaya hidup seperti ini tidak sihat. Perhatikan sekeliling, hargai apa yang ada di depan mata. Lakukan perkara yang memberi manfaat pada diri.

Untuk bacaan artikel lebih lanjut, anda boleh klik saja senarai artikel di sini; Fasa Perubahan Kehidupan Seorang Wanita Bujang Ke Alam Perkahwinan , Pendam Perasaan Punca Wanita Mental

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna