Jangan Terlalu Melulu! Nak Berhenti Kerja Ada Cara Dia Tau

Nak berhenti kerja la, nak cuba pengalaman dan enviroment baru pulak,”

Semua orang yang bekerja pasti pernah ada satu perasaan nak tukar kerja. Lebih-lebih lagi bila kita dah mula rasa tak selesa dengan environment tempat kerja atau kita dah rasa bosan akibat berkhidmat dalam tempoh yang sangat lama di sesebuah syarikat. Perasaan nak berhenti tu akan semakin kuat. Kalau dibiarkan lama perasaan tu, emosi, mental, kualiti kerja pasti terganggu.

Sebenarnya, tak salah untuk kita keluar daripada zon selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Yelah, selagi boleh kutip pengalaman, kita kutip tapi, yang menjadi masalah utama adalah bila nak berdepan dengan situasi. Bukan senang tau nak berhenti kerja yang dah di zon selesa. Perasaan sayang timbul melainkan kita ada masalah dengan boss, officemate atau pengurusan syarikat.

via GIPHY

Tak apa, sekarang ni kami akan beri anda tip untuk memulakan langkah utama sebelum mengeluarkan keputusan untuk berhenti kerja dengan cara yang beradab. Caranya…

Apa yang anda inginkan?

Setiap perkara yang anda lakukan pasti ada sebab. Mana ada orang buat sesuatu tanpa sebab, betul tak? Tanya diri anda sendiri apa tujuan sebenar anda berhenti kerja? Kalau tujuan utama untuk mengembangkan sayap, mencari lagi pengalaman atau sudah terlalu banyak wang simpanan untuk hari tua. Yes, anda patut berhenti!

Pastikan dah ada tempat kerja baru

Kalau boleh selepas berhenti kerja, beberapa hari atau minggu selepas tu anda sudah ada kerja baru. Maknanya, sebelum melangkah keluar dari syarikat lama, anda sudah ada tarikh yang ditetapkan untuk berkhidmat di syarikat baru. Nanti tak la teragak-agak nak berhenti di tempat kerja lama.

via GIPHY

Nama kena jaga

Bila nak tinggalkan tempat kerja, sebolehnya jangan tinggalkan nama yang buruk sebab serba-sedikit ia akan beri kesan buruk pada kerjaya anda. Bukankah lebih bagus kalau anda tinggalkan nama yang baik sampai menjadi contoh pada pekerja yang baru? Kerja anda sentiasa dihargai dan diingati.

Beritahu perancangan anda

Jangan lupa bagitahu majikan sebulan sebelum anda sudah mendapat tawaran di tempat kerja baru. Jangan pula esok nak berhenti, hari ni  bagitahu. Memang ‘naik’ tanduk la boss awak tu nanti. Sebaiknya, beritahu perancangan anda untuk berhenti supaya mereka boleh cari pengganti.

via GIPHY

Bukan apa, ramai di antara kita masuk kerja dijemput baik dengan majikan tapi bila nak keluar, tinggalkan nama yang tak elok pula dengan syarikat. Tak nak lah kalau macam tu. Kalau boleh, masuk dengan cara baik, keluar pun dengan cara baik. Kan lebih bagus macam tu. Nama pun tak buruk.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Prestasi Kerja Terjejas Akibat Kesihatan Mental Berpunca Dari Tempat Kerja ,

 Tempat Kerja Lebih Banyak Di Buli Atau Berdrama?

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna