Jangan Tahu Pakai Je! Jom Baca Makna Simbol Pada Label Pakaian

Kebanyakan kita kalau beli pakaian yang kita minat, perkara pertama sekali kita tengok pattern, warna dan corak kemudian fabrik dan seterusnya harga. Langsung tak tengok simbol pada pakaian tu. Betul tak? Iyalah, tak faham kalau tengok simbol tu semua.

Kalau ada yang tengok tu mesti dia faham makna keseluruhan simbol tersebut. Alangkah beruntungnya kalau faham maksud simbol pakaian. Tak la main beli je tanpa fikir cara penjagaan dia. Kita ni perempuan, serba sedikit kena ambil tahu tau makna simbol tu. Berguna sebenarnya…

Nampak je perkara ni ringan tapi kalau difikirkan balik, ada bagusnya kalau kita fahamkan makna simbol pada label pakaian. Nanti nak cuci atau satrika pakaian kita takdalah cepat rosak pakaian tu. Jadi, jom kita selongkar apa makna simbol yang ada pada baca tu semua.

Bulat

Makna bulatan kosong ini adalah anda boleh cuci pakaian dengan cara cucian kering atau bahasa mat saleh dry cleaning. Bulatan yang ada palang pangkah pula, sebaliknya. Maknanya tak boleh cuci pakaian dengan cara dry cleaning. Apa pun, ketika menuci pakaian cara dry cleaning pastikan serbuk pencuci pakaian tidak terlalu kuat bahan kimia dia.

Segi tiga

Maksud segi tiga ini sangat straightforward kalau anda faham apa yang nak disampaikan.

  1. Segi tiga kosong – Pakaian boleh dibasuh menggunakan peluntur
  2. Segitiga bewarna dan ada tanda pangkah – Pakaian tak boleh dibasuh menggunakan peluntur
  3. Segitiga berlorek – Hanya boleh menggunakan peluntur yang tiada bahan klorin.

Segi empat

Simbol segi empat ada banyak sikit simbol dia. Harap anda tak keliru nanti, ihiks!

  1. Segi empat mempunyai bulatan separa – you should line dry the garment
  2. Segi empat mempunyai garisan melintang bahagian tengah – Perlu dijemur dalam keadaan tidak remuk untuk mengelakkan kain kembang.
  3. Segi empat mempunyai dua garisan bahagian bucu atas – Perlu dijemur di bawah pancaran sinar matahari.
  4. Segi empat mempunyai tiga garisan tengah – Drip drying bermaksud, gantungkan terus pakaian semasa basah

Satrika

Mudah je nak baca simbol satrika ni sebab setiap dot melambangkan suhu satrika yang sesuai untuk fabrik.

  1. Satrik dengan satu dot – Kepanasan satrika adalah suhu rendah
  2. Satrik dengan dua dot – Kepanasan satrika adalah suhu yang sederhana
  3. Satrika dengan tiga dot – Kepanasan satrika boleh suhu yang panas
  4. Satrika dengan tanda pangkah – Fabrik tidak boleh di satrika
  5. Satrika dengan garisan dua menegak di bawah dan disertakan tanda pangkah – Boleh satrika tapi jangan menggunakan wap panas pada fabrik.

Bakul berisi air

Lagi sekali anda nampak dot tapi bukan pada satrika. Kali ni simbol air yang memenuhi bakul.

  1. Tiada dot dalam air – Pakaian perlu dicuci dalam suhu air yang sejuk.
  2. Mempunyai dua dot dalam air – Pakaian perlu dicuci dalam suhu air yang suam.
  3. Mempunyai tiga dot dalam air – Pakaian perlu dicuci dalam air yang panas.

Bakul dan tangan

Mudah je. Simbol pertama yang ada tanda pangkah bermaksud jangan mencuci pakaian tersebut. Kedua, cuci pakaian menggunakan bilasan tangan saja.

Tahniah! Anda sudah khatam semua simbol pada label pakaian. Bolehlah lepas ni sebelum beli pakaian baca dulu label untuk menjaga pakaian dengan teliti supaya tahan lebih lama.

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini:

 5 Langkah Cara Basuh Pakaian Bayi Dengan Betul ,

 ‘Oh No!’ Jangan Pakai Tangkap Muat Je Kalau Pergi Kenduri Kahwin

 

 

 

 

Sumber: dolarshaveclub

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna