Jangan Syampu Je, Cuba Tambah Ekstrak Ini Untuk Rawat Rambut Bermasalah

Setiap hari dalam tak sedar kita akan mencari dan memikirkan bagaimana cara nak mencantikkan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kalau boleh nak tip mudah dan cepat. Maklumlah wanita ni insan yang paling sibuk. Nak uruskan rumah, nak masak, mendidik anak, melayan suami.

Belum lagi kalau wanita yang bekerjaya. Berganda sibuknya tu. Jadi tak nak la menjadikan kekangan masa penyebab penampilan pun tak terjaga. Sekarang ni apa yang kami ingin kongsikan adalah tentang penjagaan rambut. Bukan apa, cuba bayangkan kalau rambut tak sihat, bangun pagi suami tengok mesti terkejut. Nak ke?

via GIPHY

Menurut pakar penjagaan rambut di New York, selepas cuci rambut dengan syampu kita akan gunakan conditioner rambut untuk memastikan rambut sihat dan wangi tapi sebaiknya gantikan dengan bahan alami kerana ia tidak mempunyai sebarang bahan kimia dan memberi keberkesanan yang lebih baik.

Antara bahan alami yang anda boleh gunakan ketika mencuci rambut adalah…

Lemon

Jus lemon sesuai untuk rambut yang berminyak dan kelimumur. Seeloknya, gunakan syampu yang mempunyai campuran limau. Selepas membilas, lumur rambut dan kulit kepala di kawasan yang selalu gatal dengan perahan jus lemon asli. Selepas 3 minit bilaskannya. Lakukan sehari sekali. Lihat hasil dalam seminggu, pasti kulit kepala kurang berminyak dan gatal.

via GIPHY

Madu

Jika anda mempunyai rambut yang kering dan tak bermaya. Lumur rambut dengan madu selepas cuci rambut dengan syampu biasa kemudian bilas selepas 3 minit dibiarkan. Lakukan dengan konsisten sehari 2 kali selama seminggu. Hasilnya rambut anda akan kelihatan bersinar dan sihat.

Aloa vera

Tumbuhan ini memang sudah sedia maklum banyak khasiatnya dalam membantu mencantikkan kulit tubuh selain daripada menyegarkan udara di rumah. Jadi, untuk penjagaan rambut, aloa vera membantu untuk melembabkan rambut, merawat masalah kelimumur dan membantu pertumbuhan rambut.

Caranya, hancurkan gel aloa vera yang memang dari pokok dan lumur di kepala bersama syampu biasa. Kemudian, bilaskannya selepas 3 minit. Lakukan dengan konsisten sehari 2 kali sepanjang seminggu dan hasilnya pasti rambut lembut dan masalah kelimumur berkurang.

via GIPHY

 Teh hijau

Teh hijau bukan saja elok untuk pencernaan dalaman tapi baik untuk kesihatan rambut juga. Kepada yang mempunyai masalah rambut beruban dan keguguran. Mudah saja, gunakan syampu yang mempunyai campuran ekstrak teh hijau dan lumur sekali dengan teh hijau di kepala kemudian, bilas selepas di biarkan selama 3 minit.

Garam

Untuk garam, ia sebenarnya untuk scrub rambut dan kulit kepala. Misalnya, menghilangkan kotoran yang lebih mendalam. Mungkin boleh cuci kepala dengan garam bila anda pulang dari aktiviti bersukan atau sudah berhari-hari tidak mencuci rambut disebabkan aktiviti luar.

via GIPHY

Hm, nampaknya semua senarai bahan ni ada je dekat dapur tu kan? Cuma rajin atau tak je nak amalkan tapi dah alang-alang cuci rambut apa salahnya lumur sekali dengan bahan alami. Kalau nak extra cantik, kenalah extra rajin betul tak? Selamat mencuba!

Untuk bacaan yang lebih menarik, kik saja artikel berikut: Ketahui Formula Telur Untuk Rawatan Rambut , 3 Artis Hijab Ini Kongsi Cara Mereka Menjaga Rambut

 

 

 

 

Sumber: marthastewart

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna