Jangan Silap Langkah, Ini Panduan Urut Bayi Baru Lahir Dengan Betul

Bila anda menerima kehadiran si kecil yang baru sahaja lahir, pasti sebagai seorang ibu mahu lakukan yang terbaik. Tidak kira sama ada anak pertama mahupun kedua, rutin bersama mereka membuatkan hari-hari anda indah dan ceria.

Walaupun kadangkala agak sukar untuk menguruskan bayi mempunyai saiz tubuh badan yang kecil dan kulit yang lembut namun anda tidak perlu takut untuk melakukan rutin urutan bagi membantu perkembangan bayi. Tapi harus diingatkan, setiap urutan yang dibuat pastikan anda mengikut panduan yang betul. Nak tahu bagaimana caranya, jom lihat di bawah.

Image result for urut bayi lepas mandi

Sumber: pantang

Tangan Bayi Direhatkan 

Jika bayi anda ‘bersetuju’ untuk mengurut, kebiasaanya mereka akan berada dalam keadaan tenang dan selesa. Mulakan dengan tangan yang direhatkan atas badan bayi. Teknik ini digunakan untuk sebelum memulakan urutan pada bahagian yang lain kerana ini langkah pertama untuk membuatkan bayi anda berasa selamat dan seronok disentuh.

Kaki – Gaya Perah Susu

Gunakan minyak untuk memberi keselesaan pada kulit bayi dan mengekalkan kelembapan kulit. Sekiranya bayi anda baru sahaja lahir mulakan urutan dengan bahagian kaki kerana ia adalah bahagian awal yang mampu diterima oleh bayi dan mengelakkan daripada bayi terkejut.

Pegang pergelangan kaki bayi dengan lembut, kemudian letakkan tanggan satu lagi di bahagian atas peha. Pegang kakinya seperti anda memerah susu dan lurutkan ke bawah. Ulang langkah yang sama tetapi secara lembut dan dilakukan satu demi satu.

Related image

Sumber: story 

Tapak Kaki 

Cuba lihat reaksi bayi anda ketika mengurut di bahagian tapak kaki kerana ia adalah bahagian sensitif bayi mampu memberi kesan positif pada keseluruhan badan jika diurut dengan lembut. Picit dan urut setiap kaki si manja dengan jari telunjuk anda.

Related image

Sumber: pt

Perut 

Urutan pada bahagian perut penting kerana ia membantu melegakan masalah kembung perut dan proses penghadaman. Letakkan tangan anda ke atas perut bayi, jika mereka memberi reaksi yang positif lakukannnya secara mendayung yang lembut.

Sentuhan adalah cara paling terbaik untuk menyampaikan rasa kasih sayang pada si manja. Jadi lakukannya dengan baik mengikut panduan yang telah dikongsikan. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Sumber: johnson 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna