Jangan Seronok Sangat! PKPP Tetap Ada Perkara Yang Dilarang

Dua hari lepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah tamat dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Ini adalah berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana tempoh PKPP lebih banyak perkara yang dilonggarkan. Antaranya kebenaran merentas negeri kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perutusan video penuh…

Frontliner gembira!

Selepas pengumuman dari Perdana Menteri, ramai rakyat mula bersorak kegembiraan kerana dapat pulang ke kampung halaman, berpeluang bercuti merentas negeri dan dapat menjalani kehidupan sedikit bebas. Berbanding pada awal PKP 18 Mac lalu, banyak perkara yang dilarang.

Malah, bukan rakyat je yang gembira mendengar khabar berita ini tapi barisan hadapan juga turut meraikan perutusan dari Perdana Menteri. Lihatlah betapa gembiranya mereka meraikan kemanisan selepas berperang dengan wabak berbahaya ini, haih berair pula mata ni…

Peraturan PKPP..

Namun, ini bukan bermakna kita boleh lakukan semua aktiviti dengan bebas kerana ada sesetengah aktiviti masih tidak dibenarkan waktu PKPP dijalankan. Jom lihat senarai berikut.

Pastikan chuols ingat perkara yang dilarang dan dibenarkan sepanjang PKPP ni. Jangan nanti ada yang terus buat kenduri pula sebab salah faham perutusan yang disampaikan.

Paling penting you guys ikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaanjaga kebersihan dan elakkan perkumpulan beramai-ramai. Ingat! kita belum menang tapi kita hampir cuma jangan terlalu seronok pada peringkat awal pemulihan ni, okay?

Kepada mereka yang balik kampung, hati-hati dan kepada yang mula bekerja selepas tamat PKPP, bekerjalah dengan penuh dedikasi kerana ramai yang inginkan pekerjaan ketika ini dan hargailah apa yang anda miliki sekarang.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Aktiviti Yang ‘Simple’ & Seronok Bila Lepak Dengan Member Masa PKPB

“Diberi Keutamaan Kepada Pelajar Tingkatan 5 & 6” – Dr Noor Hisham

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter , buletintv3

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna