Jangan ‘Selfish’, Kini 80 Anggota Kesihatan KKM Positif COVID-19

Bukan sahaja angka jangkitan penularan COVID-19 semakin meningkat, kini satu negara dikejutkan dengan berita 80 anggota kesihatan KKM yang disahkan positif COVID-19.

Khabar buruk itu dikongsikan twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. Dalam tweet tersebut menunjukkan angka anggota kesihatan paling ramai dijangkiti adalah di Hospital Teluk Intan iaitu sebanyak 39 orang.

Dengan angka 37 anggota kesihatan yang disahkan positif COVID-19, Jabatan Kecemasan dan wad pemerhatian Hospital Teluk Intan (HTI), Perak ditutup sementara untuk proses pembersihan dan penyahkuman.

BACA:Makin Teruk! Staf KKM Terpaksa Sarung Plastik Sampah Dijadikan Perisai COVID-19

Namun, belum ada lagi apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak kementerian mengenai mengapa anggota kesihatan yang dijangkiti COVID-19 boleh meningkat sedemikian rupa.

Sumber: Codeblue

Tetapi, jika kita melihat senario sebelum ini ketika anggota kesihatan yang dijangkiti masih berjumlah 19 orang, KKM ada menolak khabar angin mengatakan penularan  disebabkan oleh ketidakpatuhan mereka ketika mengendalikan kes Covid-19 di peringkat fasiliti masing-masing.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka adalah kontak rapat generasi pertama dan kedua membabitkan kluster jemaah tabligh.

BACA:Wira Tak Didendang, Lihatlah Wajah Nurse Menjaga Pesakit COVID-19

Bukan itu sahaja, ada juga  beberapa kes membabitkan pesakit yang hanya mendedahkan mereka ada kaitan dengan pesakit positif COVID-19 selepas menjalani saringan di hospital atau klinik kesihatan. Kesannya, habis doktor dan petugas dijangkiti COVID-19.

Oleh itu, berterus teranglah jika anda ada mempunyai simptom atau pernah berhubung dengan mana-mana kontak positif COVID-19. Netizen juga bersimpati dan tidak putus-putus mendoakan kesihatan anggota KKM agar pulih seperti sediakala.

Sama-sama kita doakan agar barisan hadapan kita kembali sembuh. Ini adalah dugaan untuk kita semua. Mari berjuang menangani wabak ini bersama-sama.

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna