“Jangan Selalu Mencarut….” – Pesanan Ringkas Cik B Buat Azwan Ali

Kecoh di media sosial kontroversi antara pengacara Azwan Ali dan Dato’ Seri Vida tentang video yang dimuatnaik  menerusi akaun twitter miliknya yang kini sudah pun dipadam berkaitan dengan isu pemohonan maaf.

Walaupun video tersebut sudah dipadam tetapi netizen mempunyai copy rakaman video tersebut dan memotong bahagian Azwan Ali atau lebih mesra dikenali Diva AA menyentuh tentang kematian dua orang anaknya.

Video tersebut telah sampai ke pengetahuan Dato’ Seri Vida dan ushawan pemilik produk Qu Puteh mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya akan mengambil tindakan dengan menyaman Azwan Ali atas kerana menyentuh hal peribadi iaitu kematian anaknya dan menghina produk keluarannya.

Bagaimanapun, semalam Azwan Ali telah membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan beberapa rakan media pada jam 6 petang hari selasa tempoh lalu.

Dia menegaskan permohonan maaf ini dilakukan bukan soal kalah atau menang tetapi selepas dia dan peguam belanya mengkaji tentang isu ini lebih mendalam.

Berikut adalah ringkasan video permohonan maaf yang dilakukan…

Tindakan DSV selepas Diva AA memohon maaf…

Susulan daripada video tersebut, Dato Seri Vida memuat naik satu kenyataan lagi menerusi laman instagram miliknya dengan mengatakan walaupun Diva AA membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum 48 jam, tidak semestinya saman tidak dikenakan kerana cara minta maaf Diva AA dikatakan tidak ikhlas.

View this post on Instagram

MACAM GAMPANG … CARA MINTA MAAF YG MENGANJING.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Apa kata cik B?

Rentetan daripada isu tersebut, salah satu pihak media meminta anak perempuan Dato Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenar Edlynn Zamilleen untuk mengulas tentang kontroversi antara ibunya dan Azwan Ali.

“Kepada Azwan Ali tolong jangan stres, jangan selalu mencarut sebab bila kita stres, nanti boleh dapat strok,” nasihatnya ketika ditemubual tentang isu ini.

Sebelum ini Azwan Ali pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila melemparkan kata-kata kesat pada penyanyi tanah air iaitu Naim Danial tetapi kes itu tidak dibawa ke mahkamah.

Bila buku bertemu ruas, memang tak dapat nak buat apa lah. Apa pun, biarlah pihak mahkamah yang membuat keputusan. Semoga dua pihak ini dapat menyelesaikan masalah dengan damai.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Pandainya Cik B!” – Anak Dato’ Seri Vida Tunjuk Bakat Baru

Telatah Anak Tomok Jadi Cikgu Matematik Berjaya Cuit Hati Netizen

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna