Jangan Sedap Menghukum Tanpa Usul Periksa

Manusia dan kesilapan berpisah tiada. Sepanjang menjalani kehidupan, semua orang pasti melakukan kesilapan. Kalau tidak melakukan kesilapan, bukan manusialah namanya. Kali ini Donna ingin mengetengahkan isu ini kerana di media sosial ramai sangat bersikap cepat menghukum selepas melihat sesuatu sebelum usul periksa.

Misalnya, kes penyanyi Mila Jirin tahun lepas tular selepas orang ramai yang mendakwa dia cuba menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah korban pada tahun ini dengan memuat naik sepanduk dan seekor lembu di akaun Instagram miliknya. Walhal, niat di hati Mila, dia ingin melakukan ibadah kepada Allah.

Sumber: google

Jika nak disenaraikan kes kes tular artis yang dihukum oleh netizen Malaysia, sangat banyak! Belum lagi kalau kita yang bukan artis, lagilah orang akan cepat menghukum seperti dia tidak melakukan secalit dosa.

Ya, memang kita tak boleh mengawal mulut orang tetapi, sebagai manusia biasa berpada-pada dan beringatlah bila melemparkan kata-kata. Cuba cermin terlebih dahulu diri kita sebelum menunding jari kepada orang.

Sumber: trito

Kalau nak tahu lebih tentang isu ini, klik di sini untuk dengarkan perbincangan antara Sharifah Shahira dan Amyza Adnan dalam episod 12 tajuk berjudul, Kau Siapa Nak Menghukum di Podcast Ais Kacang.

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna